Semalam 26 Sept 2001, ana dlm perjalanan dr Selatan menghala ke KL. Setelah melepasi Tol Serdang kereta ana telah dipotong oleh satu konvoi dua buah motosikal Polis Trafik dan dua buah kereta Proton Perdana yang firasat ana entah sapa-sapa coz plate keretanya lebih kurang plate kereta ana berterabur - macam beli kat pasar Selayang. Tiba di Tol Sg Besi ana tengok konvoi tadi semakin perlahan ( terhengeh-hengeh ) nak potong queue berbanding ana yang ada urgent meeting. Sedang Polis Trafik pertama di hadapan terhengeh-hengeh, ana telahpun mendahului konvoi dibelakangnya. Anapun memasuki lorong yg agak tidak sesak. Tiba-tiba Polis trafik yang pertama tadi memasuki lorong ana dan berhenti lalu memaki ana dengan perkataan " BODOH BETUL, BERHENTI DEKAT DEPAN ". Maka anapun melepasi Tol tanpa membayar Tol lalu berhenti. Harapan agar dapat berdebat dgn Polis tadi mengenai undang-undang mana yg dia pakai, tapi kecewa coz konvoi tadi terus melepaskan diri. Ana apa lagi turut memecut utk mengambil no plate motosikalnya tetapi hampa coz konvoi tadi terus memecut tanpa mengira had laju yg dibenarkan.
Apa yg ana ingin utarakan adakah ini sifat + sikap seorang anggota keselamatan kerajaan yg senang lenang memaki serta menghina hak seorang warganegara yang perlu dilindungi. Dan kalau Polis berkenaan betul-betul PANDAI, mengapa masih jadi seorang DRIVER mengapa di jadi seorang PEGAWAI ? Inilah sifat sombong + angkuh PDRM yang terasa diri mereka dilindungi oleh si MAHAZALIM.
PP 44