Baru beberapa bulan BN menang di Likas, kita telah dikejutkan oleh satu berita yang amat menggemparkan umat Islam dan Melayu di Sabah dimana pada bulan Ogos baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Chong Kah Kiat telah meluluskan lesen judi di Sabah. Dipercayai dari sumber dalaman, Ketua Menteri telah mendapat restu dari pucuk pimpinan BN untuk membukanya. Ketua Menteri juga telah melantik Datuk Salleh Tun Said dari UMNO untuk mengetuai lembaga kelulusan projek judi ini.
Lebih parah lagi sejumlah yang besar telah diperuntukan iaitu sejumlah RM100 juta untuk membuka pusat judi tersebut, dimana RM30 juta untuk kepentingan UMNO, RM20 juta untuk Ketua Menteri melalui kroninya, dan selebihnya adalah untuk pucuk pimpinan BN.
Difahamkan, projek judi ini telah diberikan kepada Diriwan Corporation Sdn. Bhd. Kepunyaan Datuk Yap melalui brokernya Jimmy Goh. Jimmy Goh ini adalah orang kuat Datuk Yap, dimana beliaulah yang telah membayar semua menteri-menteri UMNO supa bersetuju dengan pembukaan lesen judi ini. Yang menghairankan, menteri-menteri Cina Sabah menentang keras terhadap kelulusan projek ini.
Menteri Kewangan, Datuk Musa Aman juga menentang keras pemberian projek ini kerana beliau mengharapkan syarikat kepentingannya iaitu Repco Sdn. Bhd. dapat projek ini. Sebagai makluman, Datuk Hanafiah Aman adalah bekas pengerusi Repco Sdn. Bhd.
Jika benar dakwaan ini, maka dimanakah ketelusan dan janji manis kerajaan BN dahulu yang dipimpin oleh parti Melayu dan Islam!!!
“Perjuangan Yang Belum Selesai”
SibeRisik