Saudara Pengarang,
Saya amat tertarik dengan pengakuan yang telah dibuat oleh Bekas
penuntut
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Wan Noor Hayati Wan Alias mengenai
penglibatannya dalam satu gerakan bawah tanah bagi mempengaruhi
pendirian
politik pelajar-pelajar Melayu supaya berjuang menjatuhkan kerajaan.
Kenyataan beliau yang telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Meloya pada
2
September lalu amatlah mengejutkan. Apatah lagi beliau menyatakan yang
beliau telah gagal dalam pelajarannya akibat daripada penglibatan dalam
gerakan tersebut yang dikenali sebagai HI, MSK dan Persatuan Mahasiswa
Islam (PMI) UTM . Menurutnya lagi beliau telah mengalami pelbagai
gangguan
emosi, tekanan perasaan dan psikologi hinggakan pada satu ketika beliau
telah berputus asa untuk meneruskan hidup ini.
Amat mengejutkan lagi Wan Noor Hayati juga turut membuat akuan sumpah
mengenai apa yang telah beliau alami . Surat akuan itu telah dibuat dan
ditandatangani oleh beliau di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Johor Bahru,
Marsila Abd. Wahab di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 1 Januari lalu.
Ini
bermakna setelah hampir 9 bulan barulah beliau mengeluarkan kenyataan
ini.
Sebagai seorang bekas pelajar di sebuah IPTA , saya agak musykil dengan
pengakuan saudari Wan Noor Hayati ini. Pertamanya masakan selepas 9
bulan
barulah beliau membuat pengakuan secara terbuka ini. Ataupun satu
pakatan
telah dibuat oleh pihak Kerajaan dengan Pesuruhjaya Sumpah Johor Bahru
supaya mengeluarkan satu akuan sumpah yang bertarikh 1 Januari 2001
ini. Ini
bagi menyokong pengakuan Wan Noor Hayati tentang apa yang dialami oleh
beliau. Pada pandangan saya perkara yang dialami oleh Saudari Noor
Hayati
adalah suatu perkara yang biasa bagi pelajar Islam dinegara ini. Bagi
diri
saya sendiri, saya memang sering mengikuti program yang beliau
maksudkan
termasuklah juga program usrah serta keagamaan yang lain.
Program-program
seperti ini sebenarnya amatlah baik bagi seseorang pelajar Islam kerana
ianya akan dapat membentuk peribadi serta akhlak pelajar terbabit.
Disamping
itu juga dengan menyertai program seperti ini juga para pelajar bukan
sahaja
akan mencapai kejayaan di dunia malahan juga diakhirat kelak. Apa yang
dapat
dilihat ialah program-program keagamaan di IPTA dan IPTS ini
sememangnya
didokongi oleh golongan agama terutamanya yang mendapat pendidikan dari
Sek.
Men. Agama . Ini kerana pelajar-pelajar ini sudah diterap dan
ditanamkan
dalam jiwa mereka kecintaan terhadap agama Islam itu sendiri.
Apa yang dapat dilihat bagi para pelajar yang terdidik dengan jiwa
sekular
, sememangnya mereka amat benci dengan program-program agama anjuran
Jemaah
Islam ini. Pelajar-pelajar ini lebih gemar berfoya-foya dan melakukan
suatu
yang boleh merosakkan akhlak mereka. Misalnya di IPTA saya , ramai
pelajar
yang kurang pendidikan agama mereka lebih gemar bergaul-bebas, berbuat
maksiat , mendengar irama BLACK METAL dan gemar meminum arak .
Pelajar-pelajar ini langsung tidak terdidik dengan jiwa Islam kerana
mungkin
ibubapa mereka adalah pendokong UMNO KARAT hinggakan membaca Al-Fatihah
pun
mereka tidak faham walau sebaris ayat.Masya ALLAH, pernah terjadi
semasa
ujian lisan Agama Islam dimana para pelajar diminta menhafal beberapa
ayat
termasuk ayant fatihah, barulah pelajar-pelajar ini mula menghafal
Fatihah
sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Inilah pelajar yang mahu digilap oleh
kerajaan UMNO hari ini. Mereka mahu lahirkan para pelajar Melayu yang
gemarkan hiburan dan takut kepada Islam. Mereka mahukan pelajar yang
cintakan dunia, pelajar yang hanya belajar sahaja tanpa memikirkan
akhirat
iaitu tempat semua manusia akan kembali. Mereka mahu lahirkan pelajar
yang
tidak pernah memikirkan soal kematian macam MAHAFIRAUN . Inilah pelajar
yang
ingin di didik oleh kerajaan UMNO hari ini. Sebab itulah mereka
beriya-iya
benar memperbesarkan isu gerakan bawah tanah ini.
Melihat kepada perkembangan politik hari ini , dimana Islam sering
dicerca
dan dihina oleh pemimpim-pemimpin UMNO maka tidak hairanlah apa yang
terjadi
kepada Saudari Wan Noor Hayati ini. Apa yang dapat saya lihat beliau
seolah-olah diberikan imbuhan yang setimpal dengan pengakuan yang
dibuatnya.
Justeru itulah kenyataan beliau diberikan liputan yang meluas oleh
akhbar
Utusan Meloya ini. Apa yang dapat dilihat disini ialah Kerajaan UMNO
hari
ini sedang mencari jalan untuk menghancurkan gerakan Islam dikalangan
para
Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Mereka takut kerana pada masa
ini
hampir dikesemua IPT dinegara ini para pelajar yang cenderung ke arah
Islam
menjadi pemimpin di IPT berkenaan. Kebanyakkan pelajar yang
pro-Kerajaan
tewas dalam pilihanraya kampus yang diadakan baru-baru ini. Ini jelas
menunjukkan yang pengaruh UMNO ditolak bulat-bulat oleh pelajar Islam
di
negara ini. Akibat daripada fenomena inilah Kerajaan UMNO mencari jalan
untuk menghancurkan gerakan Islam ini dan menjadikan jemaah Islam
sebagai
punca yang menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik pelajar Melayu.
Sebagai seorang yang cintakan Islam, saya dengan ikhlas hati menyeru
kepada
Saudari Wan Noor Hayati , INSAFLAH dan FIKIRKAN ? apakah tindakan yang
anda
ambil ini adalah dilandasan kebenaran atau sebaliknya. Kepada seluruh
Jemaah Islam di IPTA dan IPTS , berdoalah kehadrat Allah SWT agar
memelihara
kalian daripada suatu tindakan yang akan berlaku selepas ini. Apa yang
dapat
dilihat sekarang, inilah masa Kerajaan UMNO melalui Kementerian
Pendidikan
akan mengambil tindakan untuk menghalang dan seterusnya mengharamkan
sebaran
aktiviti keagamaan, Jemaah Islam dan sebagainya dari terus bergerak di
IPT
tempatan. Mereka sedar golongan inilah yang akan menjatuhkan kerajaan
tidak
lama lagi. Mereka mengaitkan gerakan ini dengan Parti PAS . Walhal
sebenarnya gerakan ini adalah gerakan ISLAM dan sememangnya kebanyakkan
pelajar yang cintakan Islam akan menyokong perjuangan Parti PAS. Semoga
Allah melindungi para lejara pejuang kebenaran, TAKBIR ALLAH HUAKBAR...
THE
UITM