Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dato' Idris Jusoh larikan Wang Ehsan sedang diburu BPR ?

Program Wang Ehsan yang ditaja oleh UMNO setelah merampas Wang Royalti minyak negeri Terengganu kononnya adalah untuk membangunkan Terengganu. Program ini dibuat kononnya pihak kerajaan Pusat tidak mempercayai kerana Pas Terengganu akan menyalah gunakan wang jika pihak kerajaan pusat menyalurkan kepadanya.

Tapi apa yang terjadi, Wang Ehsan menjadikan sebahagian pimpinan UMNO hidup berlagak mewah, mereka menggunakan wang peruntukkan itu sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi. Wang sepetutnya di salurkan mengikut pelbagai peringkat telah 'dirompak' secara halus oleh setiap bahagian JPP dan JKKK. Mereka menggunakan wang ini sewenang-wenangnya

Walaupun pelbagai laporan telah dibuat, tapi pihak atas UMNO termasuk Dato' Abdullah Ahmad Badawi sendiri membisu !

Menurut sumber yang sahih, Wang Ehsan yang sepatutnya diberikan kepada pembangunan pendidikan, program rakyat termiskin, program bantuan bencana alam dan pelbagai lagi telah di salah gunakan.

Misalnya wang untuk program pembangunan pendidikan ke sekolah-sekolah, Wng awal RM30,000 ringit telah disalah gunakan oleh pihak sekolah kerana sebahagian sekolah yang mempunyai warga pengajar dan anak murid tak sampai 100 orang (sekolah pendalaman) telah menggunakan wang itu untuk membeli kemudahan kepada guru-guru termasuk ada sekolah yang memberi jam elkslusif kepada beberapa orang guru dan baki wang itu telah di'hilang'kan oleh pihak Guru Besar yang memang AJK UMNO.

Manakala program pendidikan untuk pelajar sekolah terbantut kerana wang sepatutnya sampai kepada pihak sekolah, tak sampai-sampai. Ramai pengetua dan guru besar menjadi begong kerana nak menyelelesaikan masalah ini. Ada sumber mengata wang telah habis.... macam mana boleh habis, sedang belum lagi sampai kepada pihak sekolah ?? Idris Jusoh kena jawab !

Rakyat Terengganu diperbodohkan dengan pembinaan sekolah yang begitu banyak dan program biasiswa. Mereka (rakyat tempatan) mengganggap pembinaan sekolah yang begitu rancak di Terengganu adalah wang ehsan sedang program pembinaan itu sebenarnya adalah program 'Pinjaman Bank Dunia' sebanyak 7 billion yang mana telah diluluskan oleh Daim kepada 4 kroninya sebelum dia letak jawatan lagi.

Begitu juga mereka (pelajar) yang dapat wang sebanyak RM600. Orang kampun agap itu adalah wang ehsan sedang itu adalah biasiswa persekutuan.

Habis itu kemana wang ehsan sebenar??

Menurut berita yang agak sahih, Wang Ehsan telah disalah gunakan oleh Dato Idris Jusoh (Pengerusi JPP) yang sepetutnya menguruskan penyaluran wang Ehsan di Terengganu. Menurut sumber itu, Dato' Idris (juga Timb Peserujaya UMNO Terengganu) telah meng'hilang'kan berjuta-juta wang ehsan dan pihak BPR telah menyiasat perkara ini.

Menurut sumber itu juga perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Dato' Abdullah Badawi dan telah dipanjangkan kepada PM. Dengan Restu daripada PM, pihak BPR telah menyiasat kehilangan wang ehsan tersebut.

Dato' Idris Jusoh sekarang ini tidak dapat dihubungi, larilah tu kata sumber yang boleh dipercayai mengakhiri perbualan kami.

Spy Ehsan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com