Ada beberapa maklumat terbaru yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Mahathir merasa amat gembira dengan kecelakaan yang menimpa Amerika Syarikat pada 11 September baru-baru ini. Sebabnya, akibat kemalangan ini, peluang untuk dia terus menzalimi rakyat lebih terbuka luas lagi.
Ini dibuktikan dengan laporan daripada saudara saya yang bekerja di Putrajaya(nama dirahsiakan). Beliau telah mendedahkan bahawa telah berlaku perbincangan melalui telefon di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk membanteras kegiatan militan di Malaysia yang kononnya turut mengancam dunia. Isi perbincangan itu menyatakan akan komitmen kerajaaan Malaysia untuk melumpuhkan sebarang kegiatan Islam yang menurutnya bersifat militan dan Mahathir telah meminta Amerika Syarikat membantu dan memberikan sokongan kepadanya. Selanjutnya kerajaan Malaysia akan menghantar satu rombongan sulit ke Amerika Syarikat untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ini sedikit masa lagi. Beliau juga mengatakan mungkin tidak lama lagi Mahathir akan memberikan kebenaran kepada kemasukkan agen-agen CIA dan Interpool ke Malaysia bagi menghapuskan kegiatan yang menurutnya bercorak militan.
Kita menjangkakan tidak lama lagi Mahathir akan mengganas. Kalau dahulu ika dia menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang dan pelajar di bawah ISA, dia akan ditekan oleh Amerika Syarikat, negara-negara Barat dan Amnesty International. Sekarang ini, Mahathir telah memperolehi lesen besar daripada Amerika Syarikat di mana atas nama militan, dia boleh buat apa sahaja. Saya juga diberitahu bahawa dia akan gunakan kesempatan ini untuk menhapuskan sebarang suara yang tidak selari dengan kepentingannya sama ada daripada pembangkang, pelajar dan NGO-NGO. Tangkapan besar-besaran terhadap orang yang tidak bersalah akan berlaku selepas ini dengan alasan menghapuskan kegiatan militan dan ancaman terhadap keselamatan dunia dengan disokong oleh Amerika Syarikat walaupun orang itu sebenarnya bukan militan tetapi hanya ahli daripada parti pembangkang.
Nampaknya, kerajaan malaysia yang bacul telah mula menjual maruah negara kepada Amerika Syarikat kerana kepentingan perut pemimpin-pemimpinnya. Mereka sanggup menjadi alat Barat dengan membenarkan tanah air kita Malaysia dicerobohi dan akan menangkap orang-orang yang tidak bersalah untuk diserahkan mereka kepada kerajaan asing. Di manakah sikap keras terhadap Barat suatu ketika dahulu yang kononnya selama ini suka mencampuri urusan dalaman negara dan menyediakan bantuan kepada parti-parti pembangkang dan NGO-NGO. Akhirnya, kerajaan Malaysia sendiri yang menjilat muntah mereka dengan menjual maruah negara dan membenarkan agen-agen CIA masuk ke Malaysia. Mereka sanggup bekerjasama dengan Barat unutk menzalimi rakyat negara sendiri. Selama ini , Mahathir menuduh para pejuang reformasi, SUHAKAM, dan lain-lain sebagai berfikiran Barat tetapi sebenarnya Mahathirlah yang tidak bermaruah merupakan kuda tunggangan Amerika Syarikat. Bagi Mahathir, tidak kira apa yang terjadi asalkan perkara-perkara tersebut dapat mengekalkan kekuasaanya. Kerajaan Amerika Syarikat juga tertipu dengan mempercayai Mahathir yang sebenarnya bukan bersungguh-sungguh untuk menolong Amerika Syarikat tetapi hanya menggunakan polisi negara tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.
Anti Kezaliman