Awalan ayat - Untuk Keselamatan Diri Yang Susah
Menjadi Senang
Ayat 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah
s. a. w. berharap ayat ini di hafal
oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati
syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah
kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari
di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan
dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya
menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah
s. w. t. Kita umat Muhammad. Kita orang Islam.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa
yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian
di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini
elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin
supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum
keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri
sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun
sujud pada Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok
di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di
baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada
Allah s. w. t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 2 - Hancur
Tiupan 3 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut
amalannya.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari
fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan
badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud:
78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan
tulang belulang padahal telah hancur? 79. Katakanlah,
Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat. Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
(100x). Dan berdoa apa sahaja hajat. Buah-buahan yang
diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang
menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin - Memberi
kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.
..........................................
4 Mei 2002