Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

BILA PATUNG ‘PUAKA’ TIDAK DISEMBAH LAGI……!!

Duduk diatas pagar berduri bukan kerja mudah. Bandingkanlah: duduk diatas kerusi pun sakit punggung, apakan lagi jika pagar berduri, bukan? Kerana sifat hati seorang manusia itu memang ada bebalnya, maka tahan jugalah, walau sakit pun, sampai rasa tak tahan sangat.

Saya melihat rakan saya dalam UMNO dan BN pun sudah mula merasa panas punggung. Yang menjadikan mereka panas itu adalah kerana derita yang ditanggung bukan setakat dipunggung rasa terbakar, tapi sudah sampai ke lubok hati pedihnya. Setiap hari terpaksa menepis dan mengibas. Debu-debu yang berterbangan terlalu memedih mata.

Berkata seorang rakan selepas mesyuarat di satu perjumpaan tertutup, “Kalau kita ditanya bagaimana ikhtiar untuk memulihkan keadaan yang ada, bila kita jawap dan bagi pandangan – they all think we’re just fools…!!”

Saya terdiam memanjang. Itu perkara biasa. Dalam UMNO, itu adalah tradisi. Mereka masih jauh tertinggal dibekang. Malah sekarang sudah sungguh-sungguh berbalik ke belakang!!

Walaupun, saya cuma berpengalaman sejak hampir 20 tahun yang silam, tetapi itulah yang rasa sepanjang tempoh itu. Memang itulah yang saya tanggung. Tetapi kerana memikirkan, perjuangan itu memang memerlukan pengorbanan, maka saya korbankan runtunan hati yang menggila marah. Saya jadi orang paling sabar. Cukup lah sabarnya saya sekarang.

Bukan saya memgang berfalsafah, “Sabar itu istana iman”. Bukan sebab itu. Kesabaran saya semata-mata kerana saya kira perjuangan saya masih jauh… terlalu jauh. Saya melihat bagaimana rakyat kampung terpencil tidak mengerti apa sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpinan UMNO yang saban hari bercakap tentang bagaimana nak jadi Kaya “SEGERA”.

Bagi mereka soal perjuangan adalah perjuangan untuk tembolok sendiri. Jika tidak, mereka tak mahu bermati-matian nak jadi pemimpin. Bergadung, berperang.. lempar-lempar kerusi!!

Saya terhiris hati bila bercakap dengan mereka yang cuma menikmati secawan kopi bila hadir dimesyuarat UMNO Cawangan. Sementara yang bercakap itu adalah “pejuang” rakyat konon, yang datang dengan Mercedez berhawa dingin dan bersupir. Mereka disambut dengan penuh tertib. Kadangkala diarak dengan bunga manggar.

Teringat saya YB Ismail Kamus datang ke pekan saya sebelum Pilihanraya, katanya “Manusia ini kerap menipu diri sendiri apabila TIDAK melandaskan panduan diri kepada Al-Quran dan Sunnah. Dibentuklah sebuah lembaga dengan tangan sendiri. Kemudian lembaga itu disangkan boleh memberi mereka segala yang mereka mahu. Disembah, digeruni, dihormati..!! Mereka yang menyembah lembaga itu – patung dan sebagainya, akan merasa diri mereka lebih hina dari patung-patung yang mereka ukir dengan tangan sendiri… Mereka ketakutan! Kan itu kerja bangang?”

Kami ketawa berdekah-dekah. Tetapi dalam benak tersemat satu kebenaran yang bakal difikir berhari-hari. Kenapa kita takut dengan benda yang kita buat dengan tangan sendiri?

Nah! Itu cuma satu cerita dari seorang yang mengerti dimana salah silapnya orang kampung saya yang sudah mula “menyembah patung” ukiran tangan mereka sendiri, ie UMNO!!

Sejak dulu lagi, hingga sekarang mereka takut kepada “imam-imam” UMNO yang menjadi “padri-padri” mencanang-canangkan kepada “makmum” pengikut mereka berbagai-bagai kejutan yang mendebarkan. Dikatakan dengan nada mengugut, iaitu “sekiranya tidak dihayati dengan taksub dan patuh kemahuan lembaga itu, nescara hidup akan rosak, keluarga akan pincang, dapur tak berasap, periok nasi tak berisi, anak-anak tak berkesekolah – tak ada biasiswa…!! Macam-macam lagi”

Siapa tak takut? Soal hidup jika dijadikan bahan ugutan, Mahathir sendiri akan takut. Cuma nabi-nabi dan wali Allah saja yang tidak. Imam yang berserban besar lagi “ya amat” penakut!! Maklumlah, siapa mahu hutang rumah dan kereta mewah tak terbayanr, bukan?

Dalam terketar-ketar, akan disuruhlah mereka menggantungkan lambang di bonet kereta, di pagar rumah, di tiang tinggi menjulang. Dengan itu sahlah mereka jadi “makmum”. Akan senang hidup mereka. Ituyang dijanjikan. Semua percaya…!! Terpaksa percaya.

Tetapi, hingga hari ini, mereka masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang hanya cukup untuk malam. Esok, kais lagi.

Tetapi orang yang bermecedez itu pulang dengan mulut tersenyum lebar. Mereka sudah berjaya memperbaharui “baptise” sejumlah penganut yang perlu mengingat bahawa patung yang mereka sembah 5 tahun dulu hendak menuntut haknya. Mesti disembah semula… untuk kesekian kali. Namun hidup masih kecundang!!

Itulah yang menyebabkan saya dan beberapa orang rakan terpaksa berjihad supaya ‘penganut’ yang lama dah berkarat itu berfikir lebih lanjut dan dengan panduan kebenaran yang diredhai. Saya jelaskan, masakan patung puaka itu akan berpuaka kalau kita tak sembah lagi. Cuba jangan sembah kali ini. Kita tengok apa akan jadi….!!

Alhamdulillah….syukur!! Cuma 10 orang yang datang ke sesi “sembah-menyembah” baru-baru ini. Yang paling jelas sekarang, selebihnya sudah tidak ada lagi keyakinan bahawa patung puaka itu masih berpuaka lagi. Maka ditalqinlah patung itu. Nun.. ke sungai dihumbankan.

Saya masih akan terus duduk lagi diatas pagar berduri ini sehinggalah tidak ada lagi penganut fahaman yang sesat lagi menyesatkan itu….!!

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pargar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]