Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


ULA(R)MAK UMNO VS. PERIBAHASA : BERANI KERANA BENAR(?) TAKUT KERANA SALAH(?)

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
Salam JIHAD ALAF BARU!
ULA(R)MAK UMNO VS. PERIBAHASA : BERANI KERANA BENAR(?) TAKUT KERANA SALAH(?)

MUKADDIMAH:

Bila kita menyebut perkataan ULAMAK, maka jelaslah terbayang dalam minda kita akan seorang yang bukan saja 'alim, warak dan berbagai sifat mulia yang terpuji menjadi pakaian dan amalannya, bahkan kita bersedia untuk menjadikannya sebagai suri teladan yang baik pada diri kita anak-anak kita dan seluruh manusia. Ini meyakinkan kita bila Nabi Besar kita Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Ulamak itu adalah waris para Nabi". Merekalah cermin hidup dan kehidupan kita dalam menuju keridhaan Allah SWT di dunia dan di khirat.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Sewajarnya insan mulia yang bergelar ulamak itu selari dengan Pepatah Melayu "Berani kerana benar takut kerana salah" dalam segala tindak tanduk mereka seharian. Maknanya mereka berani menegakkan dan memperjuangkan kebenaran kerana Allah SWT serta takut melakukan kesalahan kerana Allah SWT. Bukan kerana yang lain. Ikhlas seikhlas-ikhlasnya serta jujur sejujur-jujurnya dalam melaksanakan segala amanah dan tanggung jawab. Inilah yang melayakkan mereka digelar sebagai pewaris para Nabi 'Alaihimus solatu wassalam (ASW).

Ini bermakna gelaran ulamak dan pangkat pewaris para Nabi ASW itu bukan sekadar berjaya menimba sekian banyak ilmu dengan bukti sijil yang berjela-jela (seperti kata siMAHA(?) "sayapun ulamak juga...), bahkan yang menjadi kayu ukur kepada gelaran dan pangkat tersebut ialah bukti ketakwaannya kepada "Al-'Aliim" iaitu Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas Ilmu dan Pengetahuannya. Ketakwaan itu pula dibuktikan dengan segala sifat "Mahmudah" (yang terpuji - bukan minta puji).

Sewajarnya semua manusia yang mempunyai ilmu itu melayakkan diri bergelar ulamak dan menerima anugerah pangkat pewaris para Nabi ASW, kerana kalau mereka 'alim tapi tidak beramal dengan ilmunya (lain ilmunya lain amalnya), patutlah mereka ini akan dicampakkan ke dalam api neraka lebih dahulu dari mereka yang menyembah berhala (mafhum al-hadis) kerana kedayusan serta kemunafikan mereka. Mereka yang sanggup mengenepikan ilmu yang mereka miliki (kurniaan Allah SWT) semata-mata kerana "Hubbud Dunia" (cintakan dunia) akan sanggup melakukan segala "Khothiah"(kejahatan), ini sesuai seperti apa yang disabdakan oleh Nabi SAW "Hubbud dunia raksu kulli khothiah" bermaksud:"Cintakan dunia adalah kepala kepada segala kejahatan.

Itulah sebabnya ulamak itu dibahagikan kepada dua bahagian : Pertama - Ulamak pewaris para Nabi dan Kedua - Ulamak "Suuuk"(jahat). Ulamak pewaris para Nabi adalah mereka yang cintakan akhirat ((dunia hanya dijadikan jembatan untuk ke akhirat - tak buang dunia, = siMaha(?) dan konco-konconya (ejaan dah betul-tengok kamus-bukan kuncu....maaf) ada pernah kata (lebih kurang) :"mereka (ulamak PAS) tolak dunia...ini ajaran sesat?)). Manakala ulamak suuuk atau jahat adalah mereka yang cintakan dunia (sanggup membelakangkan akhirat).

ULA(R)MAK UMNO VS. ULAMAK PAS

Ulamak UMNo mana ada lagi yang mengekalkan status ulamak pewaris para Nabi, mana ?? ada ?? siapa ??. Kalaupun tak mahu digelar ulamak suuuk tapi digelar Ula(r)mak dah cukup ringan. Ini kerana mereka telah cuba "Main Ular". Keluarkan hukum ikut kata nafsu kerana ampu sana ampu sini "demi DUNIA" demi periuk nasi, demi tembolok. Sanggup mengangguk seperti burung belatok dengan kata-kata keramat(?) "YES BOSS", dengan kata-kata itu Al- Quran dan Hadis taruk tapak kaki. Ikut angguk sekalipun boss memfitnah DSAI, menghina ulamak, menghina Nabi SAW, menghina hukum Allah (seperti hudud). Mana ula(r)mak UMNo yang kata tak ikut angguk ? Cuba cari, dari Perlis sampai ke Sabah. Siapa ??? cuba cakap. Cakap dalam hati ? Minta maaf. Kita tak mahu terima orang yang tak ada te**r sebagai ulamak. Kita (Islampun) tak mahu terima ulamak yang "Tak Berani" walaupun benar, "TAKUT" kerana periuk nasi - cintakan dunia. Kalau ulamak UMNo yang ada dalam senarai pemimpin kerajaan dari Perlis sampai ke Sabah masih bertahan dalam SHIT, hingga kesaat ini, maka terimalah gelaran ulamak "SUUUK" dengan riang gembira. Kalau tak sanggup bersifat "Berani kerana benar, takut kerana salah", tak mahu jadi pak hanggok, tak mahu dicop sebagai ulamak suuuk, apa ditunggu lagi??? Tinggalkan UMNo, sekarang. Jangan tangguh-tangguh.

Itulah!, kepingin sangat jadi menteri UMNO/BN, nak tinggalkan UMNo pun hilang TUHAN. Memanglah alasan yang paling mudah, nak "Berjuang dari dalam (Tong SHIT)", tahu-tahu dah kena jerat, kena umpan, kena ugut itu dan ini yang hanya akan melayakkan diri menjadi pak hanggok dan hanya menyebabkan gelaran/pangkat ulamak suuuk melekat dibadan bersama keharuman(?)SHIT yang kononnya diperjuangkan dari dalam. Mungkin ada yang akan kata, "engkau cakap senanglah... kalau ulamak macam engkau ni pun berada dalam UMNo ni, takkan boleh lari punya..., takkan boleh jadi pewaris para Nabi, mesti jadi macam kami juga.." Betul juga !!! Lihat Us. apa tuuu??? NAKH.....!". Haahh! itulah bukti mereka yang "cinta dunia" melebihi dari "cinta akhirat" - Memang, tak kira ulamak UMNo atau ulamak PAS atau mana-mana, kalau kecintaannya terhadap "Keduniaan" tinggi - maka resiko untuk menempah pingat "SUUUK" adalah tinggi.

Ulamak PAS, syaitan lebih memokaskan perhatiannya terhadap "antum/nahnu" semua. Kalau dalam UMNo jerat-jerat syaitan dibiar puak-puak dan juak-juak UMNo sendiri yang 'handle', tapi terhadap PAS segala ketua dan "paku punya" termasuk rajanya yang kontrol.

PENUTUP

Itu sebabnya "SAYA" pernah tanya, adakah tokoh-tokoh PAS yang layak menjadi MB di negeri-negeri selain Kelantan dan Teranggnu ? Yang layak di sisi Allah. Yang kalau kita teropong Kelantan dan Terangganu, MB-MBnya kedua-duanya berjubah dan berserban, miliki rumah yang sederhana, kenderaanpun sederhana disamping hidup serba sederhana. Kalau ada "LEGA" rasanya. Taklah kecewa 2004 nanti, nak rebut banyak lagi negeri. Insya Allah kalau diusahakan ke arah itu dengan bersungguh-sungguh akan tercapai juga akhirnya. Ana turut mendoakan disamping turut berjuang sekadar yang termampu.

Akhir kata, tak payah takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Pantau...mantau!, "RABBUNA MAUJUD". "INNA ALLAHA MA'ANA"!!! Meminjam kata-kata hikmat DSAI "Kalau takut menangung resiko, usah bicara soal perjuangan". LAWAN...jangan takut.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

LAWAN TETAP LAWAN!

R E F O R M A S I !!!!

Sekian terima(lah) kasih!

AZHARI(S)
16092000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]