Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Ulangtahun ke 51 As Shahid Imam Hassan Al Banna

Hari ini, 15hb Februari, adalah genap 51 tahun, pengasas gerakan Ikhwan ul Muslimun, Ash Shahid Imam Hassan Al Banna, di bunuh di kota Kaherah.

Gerakan yang diasaskan oleh beliau telah berkembang luas di seluruh pelusuk dunia. Walaupun hanya beberapa negara Arab yang kekal menggunakan nama Ikhwan Muslimun untuk gerakan itu di tempat masing-masing, tetapi masih banyak lagi gerakan Islam di negara lain termasuk di negara kita yang menggunakan kaedah gerakan berdasarkan kurikulum Ikhwan Muslimun.

Tema yang gemar digunakan ialah :

Allah adalah matlamat kita
Rasulullah pemimpin kita
Al Qur’an perundangan kita
Al Jihad adalah perjalanan kita
Shahid di jalan Allah harapan tertinggi kita.

Dan begitulah tercapainya harapan As Shahid Imam Hassan Al Banna yang shahid di tembak di sebatang jalan raya di bandar Kaherah pada tahun 1949.

Sempena itu, sama-sama kita berdoa’ agar rohnya diletakkan di kalangan para shuhada’ dan kita mempertingkatkan usaha kita untuk menegakkan Al Qur’an sebagai perundangan kita melalui jalan Jihad.

Sekian
Ibrahim Baba
Februari 15, 2000

Komen Tok Ayah : Setahu saya Al Iman Hassan Al Banna gugur syahid pada waktu zohor 12 Februari 1949 iaitu ditembak ketika ia keluar dari bangunan Al Ikhwan Muslimun untuk menaiki kereta sewa dan beliau meninggal dunia di Hospital beberapa ketika selepas itu.

Sekiranya sesiapa ada maklumat tentang percanggahan tarikh ini sila hubungi kami untuk pengesahan.

Saya siarkan juga artikal ini berserta komen saya kerana, saya dapati ia telah disiarkan dihalaman lain.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]