Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Mahathir Memperakui Kebenaran Berita Reformasi dalam Internet

Kalau Dr. Mahathir dikatakan antara orang yang menggalakkan internet dan budaya IT di negara kita tetapi akibat banyaknya pembongkaran yang dibuat melalui internet maka pelbagai dakyah telah dibuat oleh media dan Dr. Mahathir sendiri bahawa berita-berita dan fakta-fakta reformasi dalam internet tidak boleh dipercayai.

Mereka merancang tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Semalam, pada hari Eidul Adha, Dr. Mahathir telah dilaporkan berkata bahawa, antaranya (dipetik dari AFP):

"How do you trust a bank whose workers are against you and who have been known to reveal secret documents?"

The premier, quoted by the official Bernama news agency, said some employees at the two banks in Malacca had copied the state government's cheques and displayed them on the Internet.

Mahathir said bank employees in Kuala Lumpur and elsewhere had also disclosed government documents and transactions.

Jika ini telah keluar dari mulut Bapa Pendusta Dr. Mahathir, maka ini bermakna bahawa, Bapa Pendusta itu sendiri kini telah mengesahkan kebenaran berita dan fakta yang telah dilaporkan dalam pelbagai laman reformasi.

Ini bermakna, salinan-salinan surat, resit, laporan dan berberapa lagi dokumen SEMEMANGNYA BENAR dan TULEN. Ini telah disahkan (endorse) sendiri oleh Dr. Mahathir.

IB rasa lepas ni Megat Junid mungkin tarik balik saman dia ke atas Roslan Kassim berhubung harta simpanan bekas menteri itu di beberapa bank. Beberapa menteri dan ahli kospirator lain turut tersenarai berserta dengan jumlah wang simpanan mereka di beberapa akaun bank luar negara. Pada masa itu semua pemimpin UMNO menurut rentak Mahathir bahawa pendedahan akaun simpanan mereka itu tidak benar. Kini Mahathir dah sahkan pulak! Apa lagi jawapan mereka? Takkan nak katakan Boss mereka pembohong kot?

Sekian.

Ibrahim Baba
17 Mac 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]