Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Perlantikan Sulaiman Abdullah tanda sokongan Majlis Peguam

Perlantikan Sulaiman Abdullah, salah seorang peguam bela DSAI membawa erti bahawa seluruh profession guaman di Malaysia menyatakan bantahan mereka terhadap layanan pemerintah terhadap kes DSAI. Dan secara langsung para peguam dengan terbuka memberi sokongan padu di belakang para peguam yang membela DSAI.

Apakah ini masih belum difahami oleh Ketua Hakim Negara, hakim-hakim yang bersenkongkol dengan Mahathir, dan para pendakwa seperti Patail, Musa Hassan dll.?

Apakah Mahathir dan segala pengampunya masih pekak, buta dan bisu?

Ini bukan pertama kali Majlis Peguam dan para peguam sekelian menyatakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan campurtangan pemerintah dalam institusi kehakiman.

Malangnya, para peguam dan rakyat biasa tidak mampu berbuat apa jika orang nombor dua dalam kerajaan seperti DSAI pun tetap dihumban ke penjara tanpa sebarang tatacara keadilan dan kemanusiaan.

Lawan Tetap Lawan
Dengan Pertolongan Allah Azzawa Jalla Kemenangan itu hampir.

Sekian
Ibrahim Baba
27 Mac 2000


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]