Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Royalti Minyak Untuk Kerajaan Negeri Terengganu.

Memandangkan TV3 asyik mengiklankan temubual dengan Rais Yatim berhubung perkara di atas pada hari Ahad (24 Sep) malam, maka malam tadi IB cuba-cubalah nak dengar apa yang dibicarakannya.

Hasil dari menonton (tak sempat tonton dari awal) rancangan tersebut, pelbagai reaksi dan perasaan bagi IB. Menyesal (tonton) pun ada, sakit hati pun ada. Tetapi yang paling ketara ialah mereka (BN dan sekutunya) sudah tiada modal lagi untuk berhujah.

Jelas sekali, dengan menggunakan kepakaran dalam bidang undang-undang dan (kononnya) kebijaksanaan berhujahnya, Rais gagal memberi hujah yang bernas dan tidak mampu untuk “convince” IB dan mana-mana penonton yang berfikiran terbuka dan tidak sebodoh mereka (orang-orang UMNO totok dan seumpamanya) yang menerima sahaja dengan membabi buta.

Berikut adalah komen-komen IB dari setengah jam terakhir yang sempat IB tonton:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Wan Mokhtar yang menandatangani perjanjian tersebut telah menandatangan atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Terengganu mewakili Kerajaan Negeri. Oleh kerana sekarang ini kerajaan dipimpin oleh pimpinan PAS maka merekalah yang mewakili kerajaan dan jawatan Menteri Besar. Maka tidak ada isu bagaimana kerajaan membelanjakan wang itu – samada hanya untuk rakyat yang menyokong UMNO sahaja (melalui JPP) atau benar-benar untuk kepentingan rakyat jelata.

2. Sebelum “commercial break” terakhir (pukul 9.45pm), Rais menyebut bahawa manafaat ini (royalti minyak) boleh diperluaskan untuk negeri lain. Sedangkan sebelum itu Rais menyebut bahawa tujuan “wang ihsan” ini dan penubuhan JPP ialah supaya manafaat ini dari diberi TERUS kepada rakyat negeri Terengganu. Kenapa tidak disebutkan dari awal bahawa Kerajaan Persekutuan BN sememangnya tidak berniat untuk memberi wang royalti tersebut kepada rakyat Terengganu? Apa perlunya lagi saki baki ahli UMNO di Terengganu menyokong para pemimpin negeri lagi? Dari perkara ini jelas, mereka (pemimpin UMNO negeri) telah mengadaikan hak rakyat negeri kepada orang lain. Mereka ini memang tidak tahu malu, sudahlah seorangpun tidal dilantik jawatan menteri mahu pun timbalan masih lagi menyangjung pempinan pusat yang menghina mereka. (Sekadar simpati juga dengan berbiraskan orang Terengganu – kuat UMNO pulak tu!).

3. Merujuk kepada para (2), kenapa, semasa perjanjian itu dibuat dahulu, tidak dimentarai dengan kesemua menteri-menteri besar yang lain? Kenapa ketika PAS mula memerintah kembali Kelantan lebih 10 tahu lalu tidak timbul pemberian wang ihsan (dari royalti minyak Terengganu) untuk rakyat Kelantan? Bukankah dalam piliharaya lalu bahan kempen utama UMNO/BN ialah Kelantan negeri yang mundur. Bukankah sebelum itu sudah ada JPP – tetapi negeri Kelantan masih mundur (dan termiskin) – apakah ini bermakna model JPP (yang pertama di Kelantan) gagal untuk menaikkan taraf hidup rakyat Kelantan? Jika demikian, apa perlunya JPP untuk Terengganu. Model JPP sebelum ini terbukti telah pun gagal kenapa diulangi model JPP yang tidak berjaya itu? Atau apakah wang yang dikatakan ingin disalurkan TERUS kepada rakyat terbukti akan melencong ke tempat lain?

4. Sambil Rais berhujah, disiarkan video klip suasana rumah-rumah kampung yang menggambarkan Terengganu negeri miskin dengan rumah-rumah yang buruk tanpa prasarana yang mencukupi. Apakah PAS telah memerintah negeri Terengganu selama ini?. Bukankah UMNO/BN telah memerintah Terengganu hampir 40 tahun sehinggalah kekalahan yang amat memalukan pada tahun lepas? Apa yang telah dilakukan dengan wang royalti yang telah berjumlah lebih RM6 Billion? Tidakkah terlintas di hati sanubari Ustaz Wan Mokhtar, apa yang telah dibelanjakan wang yang telah diamanahkan oleh rakyat selama lebih 25 tahun pemerintahannya? Ingatlah wahai Ustaz Wan Mokhtar dan sepatutnya mohon maaflah kepada rakyat sekelian.

5. Sedikit renungan kembali kepada statsitik yang dikeluarkan oleh kerajaan beberapa minggu sebelum pilihanraya 1999 oleh agensi kerajaan dan dimain-mainkan oleh akhbar penipu rakyat (yang telah diketahui umum). Dalam laporan tersebut dinyatakan Kelantan adalah negeri termiskin dan Terengganu adalah negeri kedua termiskin. Peratus kemiskinan antara Kelantan dengan Terengganu tidak jauh bezanya. Tetapi jika dilihat dari pendapatan kerajaan Terengganu dan Kelantan – maka ternyata propoganda tersebut makan tuan. Kelantan miskin dengan pendapatan kerajaan lebih kurang RM200 juta dan penduduk melebihi 1 juta. Terengganu miskin walaupun pendapatan hasil royalti minyak sahaja melebihi RM500 juta walaupun penduduknya sekadar 900,000 orang sahaja.

6. Pada segmen terakhir disiarkan pula (kononnya) video klip permandangan pembangunan prasarana (sekadar bangunan KUSZA dan talian elektrik kuasa tinggi bukannya pembangunan yang boleh dibanggakan), sambil diulas bahawa kemajuan tersebut adalah hasil pemerintahan mereka. Apa yang hendak ditunjuk? Baru sebentar tadi ditunjuk video klip kemunduran, kemudian hendak dikatakan Terengganu sudah membangun hasil dari pemerintahan BN/UMNO. Macam lidah bercabang!

7. Negeri bertuah – terus memberi wang ihsan

IB teringat beberapa minggu lepas seorang kenalan IB yang mengajar di Dungun menceritakan kisah rungutan seorang pemilik pondok menjual akhbar/majalah yang kekurangan pendapatan akhir-akhir ini. Pada hari Utusan Malaysia menyiarkan tajuk utama ucapan PM berhubung wang ihsan royalti, tidak senaskahpun akhbar UM dapat beliau jual. Ada yang membuat reaksi meludah dan muntah sambil berkata sesuatu berhubung tajuk itu atau PM sendiri. Malah, penjual tersebut berkata setiap kali tajuk utama berunsur politik atau petikan ucapan PM, beliau dapati naskah UM yang dapat dijual amat berkurangan. Beliau yang kini hanya menempah suku dari jumlah yang pernah beliau jual satu masa dulu mengatakan tidak ada satu hari pun sejak setahun lebih ini – akhbar UM dan BH ditempat beliau habis dijual.

Namun, Mahathir tetap dengan keangkuhannya. Dan para pemimpin UMNO lain terus dengan sikap membodek dan mengampu mereka. Biarkan, biarkan …

Sekian.
Ibrahim Baba
25 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]