Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Isu Royalti Minyak Matlamatnya Berjaya.

Kenapa Mahathir timbulkan isu royalti minyak? Dan kenapa timbulkan isu itu pada masa tersebut (baru-baru ini)? Kenapa bayaran pertama telah dilaksanakan?

Dan banyak lagi persoalan yang menhantui fikiran IB dan beberapa rakan yang sempat IB bincang bersama. Apakah sebenarnya tujuan para strategis Mahathir menimbulkan isu royalti minyak untuk kerajaan negeri Trengganu pada ketika itu?

Kami berpendapat bahawa mereka mempunyai tujuan dan matlamat dalam setiap perancangan yang sedang mereka lakukan. Mereka melakukan pelbagai perancangan dalam usaha membendung kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap Mahathir dan UMNO.

Isu royalti minyak mula ditimbulkan beberapa bulan lalu sebagai pre-empt untuk menghangatkan kemarahan rakyat sebelum ianya benar-benar digunakan baru-baru ini. Bila Mahathir menggunakan terminologi bayaran ehsan rakyat lagi marah. Para pimpinan PAS terutama pimpinan pemuda PAS dan lain-lain penggerak BA sibuk bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan yang pelbagai.

Dalam kehangatan rakyat menghentam Mahathir dan membincang aspek-aspek undang-undang berhubung perjanjian yang ditanda-tangan oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu, rakyat terpaksa berbelah bagi dalam membuat reaksi mereka dalam suatu lagi isu yang amat ditakuti oleh Mahathir.

Apakah yang Mahathir ingin sorokkan? Apa yang Mahathir ingin rakyat lupa?

Bukankah keputusan perbicaraan liwat DSAI diputuskan (dibacakan) oleh Hakim Jaka kini terpaksa rakyat lupakan kerana isu terhangat kini yang terpaksa dihadapi ialah isu royalti? Maknanya kini isu royalty lebih hangat dan isu penghukuman DSAI kian dilupai.

Bukan tujuan saya untuk menyuruh sekelian pembaca tidak meletakkan keutamaan dalam isu royalti tetapi sekadar mengingatkan semua bahawa Mahathir sememangnya merancang untuk kita lupakan DSAI dan ditimbulkan pelbagai isu untuk sesuatu tujuan.

Sekian
Ibrahim Baba
5 Oktober 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]