Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Mahathir Mengamuk Bila Teman Lelaki Anak Saudaranya Dirampas Orang

Dalam pergaulan dengan beberapa tokoh UMNO termasuk mereka yang terdiri dari ahli kabinet (http://tranung.tripod.com/berita10/ib10.htm, http://mahazalimtwo.tripod.com/131000zac.html), IB kerap mendengar desas-desus perihal Mahathir amat marah dan susah hati dengan kisah seorang anak saudaranya sendiri kini merana kerana teman lelaki (boyfriend) dirampas perempuan lain.

IB melakukan siasatan sendiri untuk mendapat kepastian. Berikut adalah maklumat yang terbaik IB perolehi – dan yakin dengan kesahihannya.

1. Anak saudara ini adalah salah satunya yang Mahathir amat sayang.

2. Lelaki bekas boyfriendnya adalah seorang berketurunan India (bukan beragama Islam).

3. Lelaki berbangsa India ini adalah seorang DeeJay Radio RTM (siaran bahasa Inggeris) dan selalu juga muncul di RTM TV2 pagi Sabtu.

4. Perempuan yang dikatakan “merampas” teman lelaki anak saudara Mahathir ini dikatakan pelajar sebuah IPTA di Lembah Klang.

5. Mahathir TERamatlah marah dan pernah dipetik mengamuk serta dengan reaksi seolah-olah ingin membalas dendam terhadap siswi IPTA tersebut.

6. Kaum keluarga (terutama anak-anak) Mahathir, telahpun dilaporkan pernah mengugut siswi tersebut dengan pelbagai kata kesat.

Komen IB:

a. Kalau DSAI diperlakukan sedemikian rupa oleh Mahathir, maka tidak hairanlah Mahathir dan kaum kerabatnya boleh dan akan melakukan perkara-perkara yang diluar peri kemanusiaan dalam menangani hal ini.

b. Mahathir dan sanak saudaranya akan menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan segala jentera kerajaan untuk memastikan masalah ini diselesaikan dengan menyebelahi mereka.

c. Seperti mana Mahathir pernah merestui anaknya Marina berpasangan bersama kekasihnya (ketika sebelum dinikahkan) seorang berbangsa Perancis, maka tidak hairanlah perhubungan anak saudara dengan seorang lelaki berbangsa India dan bukan beragama Islam ini turut direstui oleh Mahathir. Sebab itulah juga Mahathir memberi layanan istimewa kepada Shah Rukh Khan yang turut tinggal bersama teman wanitanya yang juga bukan beragama Islam. SRK turut juga dilaporkan memberi komen-komen yang bertentangan dengan ajaran Islam (serta mengaku beliau tidak bersolat dan berpuasa) dalam temubualnya dengan sebuah majalah antarabangsa terkemuka beberapa bulan lalu.

Rumusannya:

IB faham mungkin sesetengah pembaca berpendapat bahawa isu yang dibawa ini adalah suatu yang kecil, namun dua perkara yang IB ingin ingatkan para pembaca mengapa IB mengetengahkan isu ini:

i. Soal perhubungan luar nikah seperti ini adalah menyalahi ajaran Islam (apa lagi dengan penganut agama lain). Dan seharusnya Mahathir (yang banyak memberi fatwa) menunjuk contoh baik dengan menasihati anak saudaranya dengan berpandukan ajaran Islam. Sebab itulah banyak kes-kes wanita Islam ber”boyfriend”kan lelaki Hindu/Kristian tidak dihirau kerajaan dan berakhir dengan murtadnya wanita Islam – sudah banyak yang kita dengar dan baca.

ii. Jentera kerajaan telah dan akan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan keluarga dengan sewenang-wenangnya. Dan begitulah dengan banyak lagi penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Mahathir, keluarganya dan kroninya.

Sekian
Ibrahim Baba
18 Oktober 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]