Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anakku TETAPI …

Can any of you tell me why mails sent to [email protected] bounce back lately? IB


Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anakku TETAPI …

Saudara pembaca sekelian selalu mendengar ungkapan yang mengatakan bahawa Mahathir amat marah dengan DSAI dan menuduh bahawa DSAI telah cuba membunuh perniagaan anak-anak Mahathir.

Malah tidak hairan apabila kita mendengarnya kerana sememangnya saudara kita yang terpenjara itu telah berusaha untuk menjaga kepentingan harta dan wang rakyat dari dihabiskan untuk menyelamat perniagaan anak seorang PM.

Tetapi kini, ungkapan tersebut ditambah dan telapun didengar sendiri oleh seorang veteran politik (yang IB tidak dapat sebutkan nama beliau) dan disampaikan kepada IB. Menurut laporan, Mahathir beberapa bulan lalu mengeluarkan kata-kata seperti di atas dengan tambahan seperti berikut: (asalnya dalam Bahasa Inggeris)

“Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anak aku tetapi DAIM MEMBUNUH KARIER POLITIK AKU” (Anwar tried to kill my children’s businesses but now Daim is killing my political career)

Dengan nada yang penuh emosi, Mahathir menampakkan bahawa Daim adalah jauh lebih membahawakan beliau dari DSAI. Begitulah parahnya permusuhan di antara mereka berdua. Banyak keputusan-keputusan pemberian kontrak diakhir-akhir ini menunjukkan perebutan kuasa perniagaan dengan Mahathir dan Daim.

IB yang berkebetulan banyak bergaul dengan ahli-ahli korporat mendengar hampir setiap hari laporan dan cerita-cerita (rasmi) yang merujuk kepada perebutan monopoli ini. Sumber-sumber IB adalah tepat dari sumber asal dan dari dalam kem-kem kedua-dua pihak.

Begitulah nasibnya, DSAI pernah suatu ketika dahulu bersemuka dengan Mahathir menyatakan kebimbangannya (DSAI) terhadap apa yang dilakukan oleh Daim. Sayangnya Mahathir tidak memperdulikan amaran dan ingatan DSAI dan percaya dengan mereka yang berkepentingan menjaga periuk nasi sendiri.

Jangan terperanjat, di saat yang amat tersempit Mahathir terpaksa memanggil DSAI kembali untuk menjadi hulubalangnya. Walaupun ianya seolah-olah suatu mimpi yang dihajati tetapi tidak mustahil berlakunya sedemikian. Pesanan dari IB agar DSAI janganlah tertipu untuk kali kedua (Pertama – hampir 20 tahun lalu).

Sekian
Ibrahim Baba
27 October 2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]