Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir minta Pak Lah Badawi buktikan kesetiaannya

Telah menjadi kemestian bagi Mahathir untuk memaksa Timbalannya membuktikan (membuat pengakuan rasmi dalam media) ketaatan dan kesetiaan mereka kepadanya.

Kita telah mendengar sebelum ini dalam ucapan-ucapan DSAI (sebelum beliau ditangkap) dan oleh Sdr. Ezam, bahawa Mahathir telah meminta DSAI membuktikan kesetian beliau kepada Mahathir. Dan “sumpah” kesetiaan ini akan diminta beberapa kali terutamanya apabila Mahathir merasakan tekanan terhadap kedudukannya sebagai PM dan Presiden parti. Yang paling terakhir, Mahathir meminta kesetiaan DSAI apabila Suharto tumbang kerana Mahathir takut beliau akan menerima nasib yang sama.

Kini, tiba giliran Pak Lah Badawi pula. Selepas makin banyak ahli-ahli yang berani menegur kepimpinan Mahathir di akhir-akhir ini. Dan sambil semakin ramai di kalangan pimpinan UMNO sendiri memperakui kedudukan UMNO yang kian terhakis dan lemah. Mahathir semakin merasa kedudukannya tercabar lagi oleh Timbalan ke empat beliau.

Semenjak perhimpunan khas UMNO baru-baru ini yang menolak keinginan Mahathir agar kedudukannya sebagai Presiden terjamin dan tidak dicabar sehingga pilihanraya umum akan datang beliau merasa gusar.

Dengan kekalahan di Lunas, Mahathir lagi merasa rimas dan tertekan akibat ramai yang menuding ke arahnya termasuk di kalangan pimpinan parti.

Sebab itulah Mahathir telah memanggil Pak Lah dan meminta Pak Lah menyatakan kesetiaannya.

Maka, semalam, Pak Lah telah membuat pengakuan kesetiaannya dalam media dan disiarkan beberapa siaran TV. Namun, membaca gerak-geri Pak Lah dalam temuramah dengan pemberita menampakkan Pak Lah tidak ikhlas. Isyarat badan dari Pak Lah menunjukkan beliau menipu dan berbohong dengan kata-katanya semalam.

Ketika mengatakan UMNO berdiri teguh di belakang Presidennya, Pak Lah jelas gelisah, mengelakkan dari pandang ke arah kamera dan pemberita, dilihat dua kali menjilat bibirnya dan menelan air liur berkali-kali. Manakala sebelum itu nampak Pak Lah bercakap dengan “confident”.

Siapakah Pak Lah hendak menipu? Mahathir? Atau orang ramai? Atau para pimpinan UMNO? Atau di kalangan ahli-ahli UMNO?

Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, ramai yang tahu Pak Lah sedang membina kekuatan untuk melaksanakan dua objekif terdekat. Pertama menjatuhkan Mahathir, kedua memastikan bakal penganti lain dilenyapkan, terutamanya Najib, dan tidak dapat menandinginya selepas Mahthir dijatuhkan.

Kerja ini sedang dan telah giat dilaksanakan. Ramai ahli dan di kalangan pimpinan yang terlibat dalam pelbagai mesyuarat dan latihan/seminar. Antara jentera yang paling giat melaksanakan tugas demi mencapai dua objektif di atas ialah BTN.

Siapa tidak kenal dengan Nordin Kardi, Shagul Hamid dan beberapa “tokoh” dalam perancangan BTN? Kesemuanya orang Pak Lah. Apakah tema dan mesej yang paling kerap digunakan dalam program-program mereka? Mereka yang pernah mengikuti program-program BTN akhir-akhir ini pasti boleh menghidunya. Bukannya nak selamatkan Mahathir …

Sekian.
Ibrahim Baba
18 Disember 2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 18 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]