Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Biar Mahathir Komen Banyak-banyak

Dalam perasaan benci melihat Mahathir di kaca TV, IB sentiasa “suka” menonton Mahthir membuat kenyataan dan serta memberi komen berhubung isu-isu semasa. Ini kerana, hampir setiap kali Mahathir membuat komen, dia melatah dan membuat kenyataan yang bukan-bukan, bercanggah dengan kenyataan sendiri sebelum itu atau bercanggah dengan fakta yang diketahui umum. Ada pula sesetengah komen dia amat kontroversi hinggakan kelam kabut pimpinan UMNO lain dan ahli-ahli pun pening.

Yang paling cantik ialah bila Mahathir bercakap, dia menambahkan kebencian orang ramai terhadapnya dan UMNO. Bila dia bercakap, lagi nampak pembohongan demi pembohongan.

Satu lagi kenyataan Mahathir baru-baru ini ialah berhubung perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru. Dalam laporan berita TV (20/12 malam) dan laporan akhbar-akhbar (21/12), perlantikan beliau adalah atas nasihat Perdana Menteri dan telah dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong dalam mesyuarat Majlis Raja-raja bulan lepas.

Tetapi, dalam jawapan beliau kepada pemberita beberapa minggu selepas mesyuarat Majlis Raja-raja, Mahathir mengatakan beliau tidak tahu berhubung perlantikan Dato’ Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara.

Bagaimana Mahathir yang mencadang dan menasihat perlantikan Ketua Hakim Negara boleh menyatakan bahawa beliau tidak tahu selepas mesyuarat mempersetujui apa yang dicadangkan oleh beliau. Tambah pula beliau sendiri hadir dalam mesyuarat tersebut!

Ini hanya satu contoh sahaja mengapa IB amat gembira bila Mahathir melatah. Di antara latahan Mahathir dalam “top 10” IB ialah komen Mahathir di Kubang Pasu ketika kempen piliharaya Lunas sedang hangat. Kritikannya terhadap kaum Cina yang tidak berterima kasih keranan kerajaan telah banyak “membantu” mereka adalah antara “turning point” utama pilihanraya tersebut.

IB selalu mengharapkan Mahathir lebih kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggahan dan yang kontroversi. Dan yang paling IB harapkan ialah Mahathir membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversi semasa siaran secara langsung agar ianya dapat ditonton oleh seluruh negara. Lagi cantik semasa persidangan yang dihadiri oleh tetamu antarabangsa.

IB sedang menyiapkan “Top 20 List” komen/kenyataan Mahathir yang kontroversi. Sambil itu minta-minta Mahathir melatah lebih banyak lagi.

Sekian
Ibrahim Baba
22 Disember 2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]