Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mesyuarat Sulit 23 Dis – Tersentak Mahathir

Dengan sokongan yang semakin pupus, Mahathir telah memanggil “confirmed loyalist” beliau untuk suatu mesyuarat sulit pada Ramadhan lalu. Mesyuarat di Putra Jaya itu dibuat pada 23 Disember dengan menghadkan hadirin HANYA kepada mereka yang telah dikenalpasti kesetiaannya kepada Mahathir. (Sesiapa yang tidak dipanggil – bolehlah disahkan bahawa Mahathir tidak mengira anda sebagai penyokong setianya).

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengenalpasti siapa lagi di kalangan mereka ini yang MASIH setia di belakang Mahathir. “Hidup mati bersamanya”.

Di awal taklimat yang diberikan oleh Mahathir dengan leteran yang panjang lebar, Mahathir telah mengariskan masalah parti dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Mahathir kemudian meminta hadirin memberi pendapat dan pandangan secara terbuka. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin mendengar rasa hati hadirin.

Namun, dewan sepi tiada siapa yang berani bersuara. Lama kemudian, bangunlah Annuar Musa, seorang tokoh yang amat diketahui penyokong setia Mahathir. Baik semasa berhadapan dengan Kuli mahupun ketika kemelut sekarang.

Annuar Musa amat memahami suasana berdepan dengan Mahathir. Maka, Annuar mengatur kata dengan cukup teliti dan berselindung sambil berlapis-lapis kiasannya. Punya banyaknya kiasan dan selindungan kata Annuar, hinggakan hilang maksud yang hendak dikatakan. Namun, di akhir padangan beliau tersebut terselit maksud bahawa, adalah lebih baik untuk parti dan perpaduan Melayu jika Mahathir mengundurkan diri secara baik dari kepimpinan parti dan negara.

Itu sahaja yang Annuar kata. Tetapi, walaupun kata-kata Annuar penuh berlapik, ianya terlalu pahit untuk diterima oleh Mahathir. Terutamanya hadirin yang dipanggil sudah dipastikan kesetiaan mereka HANYA terhadap Mahathir. Kalau di kalangan “loyalist” pun belum PASti sokongan padu untuk Mahathir, maka beliau bertambah panik.

Annuar kemudiannya diberitakan telah menerima kata putus dari Mahathir supaya melucutkan semua jawatan parti yang sedang dipegangnya. Bukan sekadar itu, malah dilaporkan juga bahawa beberapa anggota SB telah pun memasuki dan mengeledah rumah Annuar Musa. Annuar kemudiannya telah meninggalkan Malaysia untuk memohon perlindungan Allah Azzawajalla di kota Makkah sambil mengerjakan umrah.

Seorang teman rapat Annuar yang baru semalam bertemu IB menceritakan juga bahawa, Annuar kini sudah pun bertekad dan bersedia untuk didiamkan dalam penjara untuk tempoh masa sekitar 5 tahun jika Mahathir ingin menggunanya sebagai kambing hitam untuk usaha “kononnya” membersihkan imej kerajaan!

Sekian

Ibrahim Baba
12 Januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]