Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Projek Lebuhraya Pantai vs. Penduduk Kg. Medan

Beberapa tahun lalu sebuah projek lebuhraya “New Pantai Expressway (NPE)”telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat di bawah naungan Berjaya dan Gamuda. Hasilnya, sebuah syarikat baru ditubuhkan New Pantai Expressway Sdn Bhd. (NPESB) Company No. 308276-u.

NPE adalah suatu lebuhraya yang menyambung dari Lebuhraya SPRINT (dekat Jalan Pantai/UM) ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat persimpangan dengan Bandar Sunway (simpang empat/bulatan dulu). Jajaran (alignment) NPE melalui sebahagian besar Jalan Klang Lama DAN melintasi di tengah-tengah perkampungan setinggan Kg. Medan, Kg. Medan Luar, Kg. Medan Harun Indah dan beberapa kependudukan sekitar itu.

Kontrak perjanjian untuk pembinaan tersebut telah pun ditandatangani oleh pihak kerajaan dengan syarikat konsortium.

Lanjutan dari kontrak tersebut, pihak konsortium telah pun memasang tanda-tanda notis pembinaan NPE di beberapa tempat. Pihak NPESB pun telah memanggil para pendudukan kawasan setinggan yang terlibat untuk suatu majlis penerangan. Surat yang ditandatangani oleh En. Abdul Hadi Amran sebagai Pengurus Operasi menjemput para penduduk untuk hadir pada majlis tersebut yang diadakan pada 14 November 2000 jam 8.30 malam di Dewan PJS 2D/11.

Majlis tersebut dihadiri oleh para penduduk. Menurut seorang penduduk yang hadir dalam majlis tersebut menyatakan bahawa kehadiran penduduk adalah terdiri dari 60:40 Melayu:India.

Para penduduk telah menolak cadangan untuk memindahkan mereka kecuali NPESB menyediakan tempat tinggal yang baru dengan beberapa syarat lain yang tidak diterima oleh pemegang kontrak.

Perbincangan serta rayuan dilakukan oleh pemaju, namun, pihak penduduk bersatu tidak mengira Melayu atau India. Mereka sepakat untuk memperjuangkan nasib dan tempat tinggal mereka. Sememangnya mereka bersatu dan hidup aman tenteram bila tidak diganggu oleh orang luar.

Namun, tajuk “Samy: Fights could have been planned” dalam akhbar STAR pada 15 Mac, muka surat 3, perlu diberi perhatian (rujuk juga “Reman Samy Vellu sebar khabar angin” http://arkib.terrashare.com/2001/19Mac_XYYCH.html). Mengapakah seorang bertaraf menteri mengeluarkan kata-kata tersebut? Mengapa Samy mengatakan bahawa pergaduhan tersebut berkemungkinan dirancang?

Apakah ianya ada kaitan dengan pembinaan projek NPE yang kebetulan juga di bawah naungan kementerian beliau. Apakah dia mengetahui lebih banyak apa yang terselindung dan tersasul cakap! Memang patut Samy Vellu MESTI direman oleh pihak yang menyiasat pergaduhan di sekitar Jalan Klang Lama tempuh hari. Samy tahu sesuatu ... siasat dia!!!

Sekian
Ibrahim Baba
19 Mac 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : [email protected]