Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO Jangan Mimpikan Terengganu Tahun 2004 - Wan Farid Salleh

Terlanjur terbitnya komen Wan Farid Wan Salleh (Pemuda UMNO Terengganu) dalam Berita Harian dan komen “Pemimpin Pelapis Umno Mencemburui Kehebatan Pemimpin Pemuda BA” oleh Pikir-pikir ([email protected]) http://mahazalimtwo.tripod.com/020401zar.html (dan lain-lain url), IB ingin ulas sedikit dan mengingatkan kembali Sdr. Wan Farid tentang kata-kata beliau kepada IB.

Wan Farid, adalah kenalan IB (rapat jugalah) semasa IB menuntut di sekolah di Terengganu (ketika itu bapa IB adalah seorang pegawai yang bertugas selama lebih 4 tahun di Terengganu). Rumah kami berdekatan juga dan bapa kami berkawan rapat. Saya kenali kesemua adik beradik beliau.

Membaca komen Wan Farid dalam Berita Harian tersebut, mengesahkan IB bahawa Wan Farid adalah seorang ahli politik yang mencari makan dan ingin selamat. Beliau hanya sekadar ingin dilihat sebagai tokoh yang boleh ditonjolkan bagi UMNO Terengganu.

Akhir tahun lalu, IB secara kebetulan bertemu Wan Farid di sebuah hotel terkemuka di KL. Memandangkan lebih 5 tahun kami tidak bertemu dan inilah pertama kalinya saya bertemunya selepas UMNO tewas di Terengganu, IB gunakan kesempatan tersebut untuk mendapatkan komennya berhubung perkembangan politik negeri.

Di awal perbualan, apabila IB menanyakan peluang UMNO/BN merampas Terengganu di tahun 2004, Wan Farid lantas menjawab “UMNO jangan mimpikan Terengganu tahun 2004”.

Tambahnya lagi, “Janganlah nak tawan semula, nak tambah kerusi pun belum tentu.”

Beliau mengulas lagi dengan panjang lebar sambil menyalahkan pimpinan UMNO Terengganu sebelum 1999 dan pimpinan pusat yang banyak menyulitkan suasana untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN/UMNO.

Pelbagai isu yang ditimbulkan oleh kerajaan pusat, pimpinan UMNO/BN Pusat dan Negeri dan media-media kerajaan lebih banyak menyukarkan peluang tersebut dan semakin menjauhkan rakyat Terengganu dari memberi sokongan kepada UMNO/BN. Malah tindakan dan isu-isu tersebut lebih memberikan sokongan kepada kerjaan negeri sekarang. Dan yang lebih memeningkan jentera UMNO di kawasan-kawasan ialah mereka yang simpati dengan PAS dan KeADILan semakin bertambah ramai kerana marahkan pusat dan surat khabar serta TV yang mengunakan taktik penentang terus dengan kerajaan pimpinan PAS.

Isu royalti minyak dan wang ehsan adalah antara penyumbang terbesar membuat rakyat negeri Terengganu berpadu menentang UMNO dan kerajaan Pusat. Rata-rata rakyat Terengganu menyalahkan Pusat kerana menindas rakyat Terengganu. Dan yang menjadinya sukar bagi jentera UMNO memenangi sokongan rakyat jelata ialah kemarahan mereka terhadap pimpinan UMNO negeri yang bersekongkol dalam menyekat hasil mahsul negeri mereka sampai ke periuk nasi orang ramai – kerana kebanyakkan mereka melihat wang-wang yang dibahagikan melalui wang ehsan hanya tertumpu kepada golongan kecil rakyat Terengganu.

Wan Farid menegur juga pimpinan UMNO yang telah memerintah negeri Terengganu sekian lama dengan jumlah wang royalti yang diperolehi melebihi RM7 ribu juta yang tidak sampai ke rakyat jelata. Wang hasil dari royalti minyak itu tertumpu untuk memperkayakan sesetengah golongan dalam parti dan banyak di habiskan untuk projek-projek yang membazir.

Beliau juga merasa hairan bagaimana sebuah negeri di antara yang terkaya di bawah pemerintahan kerajaan BN semenjak terjumpanya minyak di negeri Terengganu, tetapi masih tergolongan sebagai negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi (di kalangan negeri di bawah BN – “janganlah bandingkan dengan Kelatan yang sememang di bawah PAS … “ hujah beliau.

“Apakah yang telah dilakukan oleh Wan Mokhtar dan pimpinan semasa itu?” persoal beliau. Sambil menyebut pelbagai projek yang membazir dan senarai mereka yang rapat dengan Wan Mokhtar yang telah menjadi kaya raya, Wan Farid ternyata kesal dengan pimpinan UMNO ketika itu banyak habis masa dan wang dalam perebutan kuasa sesama sendiri sehingga hilang terus kuasa pemerintahan negeri. Percakaran dalaman di antara Wan Mokhtar/Yusof Nor/Bakar Daud/Rashid Ngah menguntungkan pihak pembankang.

Dengan komen yang dibuat dalam akhbar Berita Harian ternyata, Wan Farid hanya sekadar menepati “…Penonjolan Pemimpin-pemimpin Pelapis ini hanya di gunakan oleh UMNO untuk bersuara dalam Surat Khabar semata-mata? Terutama dalam menyokong serta mengampu apa-apa komen Mahathir dalam Surat khabar dan tidak ada lebih dari itu …” seperti yang disebut oleh SeteruJabat dalam tulisan beliau itu.

Sekian
Ibrahim Baba
3 April 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : [email protected]