Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pak Lah Hentam Mahathir Lagi

Beberapa insiden kebelakangan ini telah mengesahkan bahawa Pak Lah memang telah mengatur strategi untuk rampas kuasa dari Mahathir.

Peristiwa di Kg Malau (Kubang Pasu) adalah antara satu mainan Pak Lah untuk membuat rakyat Kubang Pasu marah dengan Mahathir. Semburan air “water cannon” FRU dan tembakan beberapa kelongsong gas pemedih mata di dalam kawasan perkampungan yang aman jelas nampak disengajakan.

Yang terbaru, ketika isu penangkapan ISA yang terbaru dengan kata-kata “… saya tak mahu lihat satu lagi kes mata lebam …“ (http://202.56.157.37/News/2001/04/2001041205.php3 dan turut disiarkan dalam lain-lain media kerajaan 13 April 2001) Pak Lah cuba memberi maksud bahawa “tumbukan Rahim Noor” adalah restu Mahathir ketika menjadi Menteri KDN. Manakala bila Pak Lah menjadi Menteri KDN, perkara seperti itu tidak akan berlaku. (?)

Percaturan pemilihan ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO baru-baru ini banyak meyebelahi Pak Lah. Dan ini Mahathir tahu. Dan ini Mahathir panik.

Malah dalam kemelut parti UMNO perebutan kuasa dalam UMNO ini banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan termasuk Ku Li. Dalam perasmian mesyuarat bahagian Gua Musang, Ku Li jelas menunjukkan “sokongannya” dan mengampu Mahathir. Apakah tujuan Ku Li berikan sokongan “padu” kepada Mahathir? Apakah Ku Li nampak peluangnya sekarang (dalam suasana Mahathir sangat bengang dengan Pak Lah yang telah tunjuk melawan tawkeh). Mahathir pula cuba mendapatkan sokongan Ku Li bagi menentang arus kemaraan Pak Lah.

Sekian
Ibrahim Baba
13 April 2001


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]