Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Siapa Munshi Abdullah?

Siapa Munshi Abdullah?
(dipetik dari mel yang IB terima)

Assalamualaikum wbt.

Semalam, dalam menunggu masuknya Isyak selepas solat Maghrib, Ust. Nasharudin Mat Isa telah mengadakan tazkirah pendek (dan spontan) di Surau Al-Amin, BTHO...mengupas tentang Fikh dan Sirah Rasulullah (saw).

Banyak kupasan menarik yang disampaikan tentang sirah baginda Rasulullah tapi insyaAllah kalau diizinkan dapat dikongsi bersama di lain kesempatan. Yang sangat² ingin dikongsikan adalah cerita mengejutkan dari ustaz dalam intro tazkirahnya tentang sirah-sejarah, bila menceritakan tentang sejarah dan menyentuh sedikit tentang sejarah Tanah Melayu, maka terkeluarlah nama Munsyi Abdullah.

Jemaah termanggu bila ditanya Ust. Nasharudin tentang antara hasil penulisan pertama Munsyi Abdullah yang kita gelarkan "Bapa Persuratan Melayu" tu...dan beristighfar panjang bila diberitahu antara hasil tulisan Munsyi yang pertama adalah translation BIBLE KE DALAM BAHASA MELAYU YANG DITULIS DALAM SKRIP JAWI!

Yang mana manuskrip asalnya masih ada di British Public Library, London. Pagi ni, bagi menyokong kenyataan Ust. Nasharudin maka dilayarilah website British Library - search dalam British Library Public Catalog dan hanya mampu beristighfar panjang bila hit yang didapati seperti yang disertakan di bawah ini:

Record 18 of 21 item(s)

Uniform title: Bible. N.T.. Malay

Title: Kitab injil al-kudus dari pada Tuhan Isa al-Masih

Joint author/editor: Abdullah bin Abdul Kadir. Munsyi

Joint author/editor: Keasberry. Benjamin Peach

Publication details: [Singapore]. [B.F.B.S.]. [1856]

Description: [No pagination, ca.600p]. ill. 21cm

Shelfmark: ORB.30/453. OIOC

Notes: Lithograph

Notes: Uncoloured double decorated frontispiece

Notes: Translation revised by B. P. Keasberry and Munsyi Abdullah

Notes: Darlow & Moule (1911) no.6509

Notes: Jawi script

Selepas lebih suku abad saya menerima pakai kenyataan bahawa beliau adalah Bapa Persuratan Melayu sejak semalam fakta tu dah cukup tak relevan lagi.

Bagi yang ingin surf/search sendiri ke website British Public Library: http://blpc.bl.uk - click SEARCH option - select All Material (radio button), dalam field Author/Editor masukkan Munsyi - click

Submit Search - Result akan menyatakan Your Search has found 21 items - scroll ke item [18].

Wassalam...

Pengirim:
"Amirul Akiera"


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]