Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


IC/KP Palsu di Sabah – Angkara Siapa?

IB telah beberapa kali mengulas isu berkaitan ini. Terlanjur penangguhan pengumuman tarikh pilihanraya kecil Likas oleh Pengerusi SPR tadi (13 Jun), dan artikel tulisan Ibn Sabah, “Asal BerIC Biru Mereka Adalah Warganegara?” (http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1786.htm), izinkan IB menambah lagi.

Dalam menuduh kesukaran mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan yang lain (Imigresen, Pendaftaran dan Polis), Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman sebenarnya cuba mencari helah dan alasan untuk melaksanakan beberapa strategi lagi bagi memastikan senarai pengundi terbaru Likas dapat diubahsuai bagi memastikan kemenangan untuk BN.

Dalam beberapa artikel terdahulu,

1. Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/ feu_gelita_ib21.html http://tranung.swsites.net/mac/ib31.htm

2 Lanjutan Kisah Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN http://members.nbci.com/ tranung/april/ib37.htm

IB telah membongkarkan kisah beberapa tokoh kerajaan yang terlibat dengan pemalsuan kad pengenalan di Sabah suatu masa lalu. Tokoh utama (Abdul Raof – orang yang menyediakan pengundi hantu mengguna pendatang haram di Sabah) yang telah dijatuhkan hukuman “penjara” kini bertugas semula dengan agensi kerajaan yang amat strategic – Biro Tata Negara (BTN) – sila rujuk artikel 1. Seorang lagi tokoh utama ketika itu ialah Tan Sri Shamsuddin, kini memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam – Ketua Setiausaha Negara (KSN) – rujuk artikel 2. Apakah ini habuan untuk tugasan-tugasan mereka yang lepas-lepas.

Pengerusi SPR menyatakan, sebentar tadi, bahawa sukarnya membezakan di antara KP yang sah dengan yang palsu. Sememangnya begitu kerana bekalan untuk KP palsu adalah dari dalam kerajaan atau pengeluar KP kerajaan sendiri. Dengan penglibatan tokoh kerajaan yang “high-power’ seperti itu sudah pasti ianya mendapat sumber bekalan yang asli.

Jika benar kata-kata Pengerusi SPR bahawa beliau menantikan pengesahan maklumat dari agensi kerajaan lain, apakah sebelum ini tiada kerjasama seperti itu? Apakah baru kali ini maklumat dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan? Jika sebelum ini sudah ada kerjasama dengan JPN, mengapa kita dapati terlalu banyak nama-nama pengundi yang sudah meninggal dunia masih lagi dalam daftar pengundi setiap kali pilihanraya diadakan.

Malah menurut seorang pegawai kanan di SPR menyatakan bahawa menurut rekod dan kajian serta analisa beliau sendiri - dari daftar pengundi yang mempunyai nama mereka yang sudah meninggal dunia terdapat juga “pengundi” ini mengundi pada hari mengundi (!). Ini bermakna ada orang-orang tertentu yang “menyimpan” KP/IC orang-orang yang sudah mati guna untuk hari-hari pilihanraya.

Sebenarnya, Mahathir amat marah dengan pembatalan keputusan pilihanraya Likas. Dengan kes ini ada kemungkinan beberapa petisyen lain dengan hakim-hakim yang berani akan menyukarkan lagi membongkarkan lagi pelbagai penipuan dalam daftar pilihanraya.

Kita lihatlah strategi-strategi yang bakal dilaksanakan oleh SPR/BN bagi memastikan mereka menang di Sabah dan lain-lain pilihanraya.

Sekian
Ibrahim Baba
13 Jun 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]