Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Usaha Menyelamatkan Seorang “Pembunuh” (?)

Seorang rakan dari Cawangan Anti Dadah PDRM IPK Selangor beberapa hari lepas ada memaklumkan suatu kisah kematian seorang wanita Cina yang dijumpai dalam kereta yang terbakar. Ceritanya terlalu ngeri dan sukar untuk dipercayai, lalu IB merisik beberapa sumber lain untuk mendapatkan kepastian. Sumber-sumber lain yang IB hubungi termasuk beberapa sahabat di kalangan peguam dan teman-teman di Bukit Aman dan di Jabatan Perdana Menteri.

Hasil dari maklumat-maklumat tersebut, maka IB percayalah dengan cerita yang dikhabarkan oleh rakan IB dari Cawangan Anti Dadah IPK Selangor tadi (pangkatnya tak perlu IB sebutkan – dan beliau tidak terlibat dengan penyiasatan kes itu). IB turut bertanya seorang saudara sepupu yang berkerja dengan salah sebuah akhbar (yang kita sama-sama boikot) – wartawan sepupu IB ini mengesahkan cerita itu telah diketahui umum di kalangan “pemberita jenayah” – cuma tiada yang berani menulis.

Menurut beliau (pegawai CAD), terdapat unsur-unsur yang cuba menutup kes kematian wanita Cina tersebut. Unsur-unsur yang cuba menutup kes tersebut datang dari atas dan juga dari beberapa sumber.

Menurut beliau lagi, kematian itu dikelaskan sebagai bunuh dan mungkin melibatkan seorang “pengarah” dari salah sebuah konglomerat yang besar. “Pengarah” tersebut dikatakan melarikan diri ke Australia. IB turut menelefon rakan IB di konglomerat tersebut menanyakan hal “pengarah” itu, dan rakan IB mengatakan “pengarah” itu telah mengambil cuti yang tidak ditetapkan tempohnya.

Dikatakan wanita yang mati itu adalah teman wanita “pengarah” konglomerat itu. Berkata pegawai Polis itu lagi, “pengarah” ini mempunyai ramai kenalan di Bukit Aman termasuk mereka yang mempunyai “tiga bintang” dan pegawai-pegawai kanan di JPM.

Tujuan IB menyampaikan berita ini ialah bagi mempersoalkan sampai bilakah kredibiliti institusi Polis akan terus dipersoalkan. Jika ada pihak yang boleh mengarah dan menghalang sesuatu siasatan – masih bolehkan kita mengarap keadilan dilaksanakan di tanah air yang dicintai ini.

Sekian
Ibrahim Baba
21 Jun 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]