Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Penswastaan Pelabuhan Kemaman

Beberapa bulan lalu telah diumumkan pemberian kontrak penswastaan pelabuhan Kemaman, Terengganu oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. (Privatisation of East Wharf and Liquid Chemical Berth of Kemaman Port). Kontrak itu telah diberikan kepada konsortium yang diberi nama Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd. Pemilik utama konsortium itu ialah Road Builder (70%) manakala Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad diberi ekuiti kecil sebanyak 30%.

Menurut sumber dari seorang pegawai kanan UPE, cadangan penswastaan ini mula dikemukakan oleh EPIC dan dua-tiga lagi syarikat lain pada sekitar tahun 1993. Pada ketika itu, Road Builder tidak pernah pun menghantar apa-apa cadangan. Secara “niat” UPE telah “memberikan kontrak” ini kepada EPIC (sebelum 1999) dengan mengadakan beberapa siri perbincangan semenjak beberapa tahun yang lepas.

Kemunculan Road Builder adalah di saat-saat akhir ini bagi mengelakkan pemberian kontrak penswastaan tersebut kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu. Ini adalah kerana pemegang saham terbesar EPIC adalah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT/TSEDC).

Setelah PAS menguasai Terengganu, kerajaan Pusat telah berusaha mencari jalan untuk menyekat segala sumber pendapatan untuk pemerintahan negeri Terengganu. Yang telah diketahui umum ialah rompakan wang royalti. Dan terdapat pelbagai lagi usaha yang sedang dilakukan untuk sekatan-sekatan lain.

Menurut pegawai UPE itu lagi, arahan untuk menukar pemberian kontrak penswastaan ini dibuat selepas pilihanraya November 1999. Road Builder dari segi zahirnya dimiliki oleh Tengku Ahmad Rithaudeen. Tetapi mengikut sumber di kalangan ahli korporat pemilikan sebenarnya ada di tangan kuasa yang lebih besar dalam UMNO.

Apakah bodohnya anak-anak Terengganu yang masih lagi menyokong UMNO yang terang-terang merompak wang royalti dan kini mengalihkan pengurusan pelabuhan di negeri sendiri kepada syarikat bukan milik kerajaan sendiri. Dengan erti kata lain – dengan mengambil hasil mahsul negeri Terengganu untuk memperkayakan orang luar Terengganu. Yang tinggal papa kedana ialah rakyat yang berterusan miskin hasil kerja pengagihan kekayaan negeri Terengganu sesama puak UMNO semenjak Terengganu diperintah UMNO/Perikatan/BN dari zaman Ibrahim Fikri lagi hinggalah Wan Mokhtar.

Bodoh betul orang-orang Terengganu yang masih menjunjung penjajahan imperialis cara UMNO ini …

Sekian
Ibrahim Baba
21 Jun 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]