Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kebakaran Dewan Tunku Canselor = Pengeboman Oklahoma City?

Kenapakah IB menggunakan tajuk di atas untuk mengulas kebakaran yang berlaku di DTC? Kenapa IB kaitkan kebakaran itu dengan pengeboman bangunan pentadbiran kerajaan di sebuah bandaraya di Amerika Syarikat?

Jika kita baca dan dengar/tonton laporan berita berhubung kebakaran DTC dan ulasan-ulasan sumbang serta tuduhan melulu beberapa pimpinan kerajaan dan para pimpinan UMNO/BN jelas memperlihatkan banyak persamaannya dengan pengeboman di Oklahama City.

Sebaik sahaja berlakunya pengeboman di Oklahoma, sasaran keseluruhan media di Amerika Syarikat ialah menuduh bahawa pengeboman tersebut dilakukan oleh “pengganas Islam”. (Secara kebetulan IB semasa itu berada dua minggu di Amerika) Keseluruhan jentera siasatan negara Amerika digerakkan bagi menahan dan menangkap mereka yang dilabelkan dan distereotypekan sebagai mempunyai mirip identiti dan profil “pengganas Islam”. Maka keseluruhan pintu masuk/keluar Amerika di periksa rapi dan menahan ratusan orang-orang yang tidak bersalah kerana memenuhi diskripsi profil seorang “pengganas Islam”.

CAIR (Council on American-Islamic Relation) banyak melapor pelbagai rungutan dan masalah yang telah dialami oleh ribuan umat Islam yang tinggal di Amerika serta mereka yang sedang melawat ketika itu.

Setelah laporan “separuh masak” disiarkan, kebanyakkan saluran utama TV di Amerika kemudian memetik serta mengundang beberapa “penganalisa” dan “pakar” bagi membicarakan “kejahatan” dan tindakan liar yang tidak berperi kemanusian yang “TELAH” dilakukan oleh “pengganas-pengganas Islam” ini.

Namun, telah menjadi pengetahuan umum, kini orang yang sebenarnya melakukan pengeboman itu ialah orang “mereka sendiri”. Timothy McVeigh telah pun menjalani hukuman bunuh baru-baru ini. Tidak ada satu pun media yang menuduh umat Islam sebagai pengganas yang mengebom itu meminta maaf di atas tuduhan melulu mereka.

Kita kembali kepada ulasan dan laporan media tempatan berhubung kebakaran DTC kita akan dapat rasakan persamaannya. Dalam ketika pihak bomba dan jabatan kimia masih belum dapat memastikan punca kebakaran, para pemimpin kerajaan (yang sepatutnya menunggu laporan pegawai mereka) telah terlebih dahulu menetapkan punca kebakaran dan dengan cepat menuduh pihak tertentu. Seolah-olah mereka telah tahu semenjak sebelum berlakunya kebakaran itu (Kalau mengikut seorang rakan IB sambil bergurau mengatakan, jika pun kebakaran itu tidak berlaku, mereka ini telah pun dijadualkan untuk mengulas suatu kebakaran yang “telah” berlaku)

Sedarkah mereka bahawa pada siang dan malam sebelum berlakunya kebakaran tersebut mereka yang berada di dalam dewan itu adalah mereka yang sedang menyiapkannya untuk simposium yang dijadual itu? Tambah-tambah lagi personaliti yang menganjurkan simposium itu (Rahim Tamby Chik) ialah seorang yang terlibat langsung dalam konspirasi menjatuhkan DSAI dengan peranannya dalam buku “Dalil” dan ‘road show” berikutnya dan beberapa lagi siri tugasan penting. Bukankah telah terbukti sebelum ini bahawa beliau sememangnya pakar dalam menutup serta mengada-adakan bukti

Kenapa pula Mahathir sangat beriya untuk menghentam dan menuduh kumpulan pelajar yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap lawatan seorang yang paling dibenci oleh rakyat negara ini? Kenapa cepat sangat Mahathir (dan rakan sekutunya yang lain) dengan melulu merumuskan ianya “telah” dilakukan oleh penentang kerajaan?

Apakah selepas ini ahli kimia pakar DNA yang sama dari jabatan kimia akan sekali lagi membuat analisisnya dan mengadakan bukti sepertimana beliau lakukan semasa pembicaraan DSAI?

Apakah Norain/JJ/Musa Hassan dan kuncu-kuncunya dengan “cekap” telah dapat mencari (baca; mengadakan) bukti-bukti kukuh untuk pendakwaan terhadap “mangsa” yang telah dikenalpasti sebelum berlakunya kebakaran itu sepertimana pihak polis telah memperolehi (baca: mengadakan) bahan bukti Molotov cocktail dan pelancar missile yang akan digunakan oleh 10 tahan ISA baru-baru ini?

Apakah sukar sangat untuk mencari seseorang yang sanggup mengaku dan dijadikan kambing hitam? Pegawai yang terlibat langsung dan dikambing hitamkan dalam skandal pemalsuan kad pengenalan di Sabah untuk tujuan menyediakan pengundi hantu telah pun “menjalani hukuman” penjaranya dan kini diberi pula jawatan yang lebih penting di Biro Tata Negara! Bukan itu sahaja – selepas “keluar penjara” rumahnya pun diubahsuai – apa pula kebetulannya? (Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN
http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_gelita_ib21.html atau
http://tranung.swsites.net/mac/ib31.htm
dan Lanjutan Kisah Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN
http://tranung.0catch.com/april/ib37.htm

Topik ini amat menarik untuk IB dan akan IB ulas lagi – Insha Allah.

Sekian
Ibrahim Baba
1 Jul 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]