Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kebakaran DTC: Punca telah diketahui

Menurut maklumat dalaman, penyiasatan pihak jabatan kimia dan jabatan bomba telah pun bersetuju bahawa kebakaran DTC bukan perbuatan arson atau sabotaj. Tiada sebarang penemuan yang boleh menunjukkan bahawa kebakaran itu disengajakan. Kemungkinan besar adalah ianya kerana litar pintas.

Pihak UM telah pun dimaklumkan. Namun, pengumunan rasmi terpaksa ditangguh. Pihak polis masih belum “selesai” siasatan mereka. Malah di kalangan pegawai polis sudah timbul seolah-olah dua pihak. Satu pihak lagi yakin dengan kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan amaran pelajar supaya memboikot kunjungan Mahathir.

Ada juga sumber mengatakan bahawa penahanan ISA beberapa hari lepas ada kaitan dengan penyiasatan polis berhubung kebakaran itu. IB hairan bagaimana kaitannya kerana pihak bomba telah pun pasti ianya akibat dari litar pintas.

Kita doakan keselamatan saudara kita itu dan semoga Allah kuatkan semangatnya agar tidak lentur dengan sebarang ugutan atau apa-apa pengakuan yang hendak dipaksa.

Sekian
Ibrahim Baba
5 Jul 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]