Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kebakaran DTC: Penganjur dan hadirin harus bersyukur

Para penganjur, hadirin, jemputan dan penceramah-penceramah Simposium Hala Tuju Penegasan Mahasiswa yang dijadual untuk diadakan di DTC Universiti Malaya sepatutnya bersyukur. Para ibu bapa pelajar yang hadir di seminar tersebut sepatut juga bersyukur kerana Allah Azzawajala telah selamatkan anak-anak mereka dari terperangkap dalam kebakaran di DTC.

Oleh kerana kebakaran itu disebabkan oleh litar pintas (bukannya sabotaj atau arson), maka ianya boleh berlaku bila-bila masa. Dan api boleh merebak dengan amat pantas seperti apa yang telah terjadi kepada DTC.

Jika kejadian itu berlaku ketika hadirin sedang asyik bersimposium sudah tentu keadaan kelam kabut akan berlaku dan berkemungkinan terdapat peserta yang cedera atau pun ada yang mati (minta dijauhkan).

Mungkin Allah Azzawajala ingin mengingatkan para penganjur dan hadirin atau ianya sebagai amaran kepada semua termasuk kita yang tidak terlibat.

Mereka harus bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada mereka dan menjauhkan dari ditimpa bala.

Jika pun ada yang berkeras hati tidak percaya dengan tiada penemuan bukti berlakunya kebakaran akibat sabotaj, mereka tetap MESTI bersyukur kerana “orang yang mereka tuduh” sekurang-kurangnya tidak “melakukannya” semasa mereka penuh di dalam DTC berseminar dan MUNGKIN DALAM keadaan lalai mengingati Allah.

Kita harus redha dan bersyukur terhadap apa yang dikurniakan Allah.

Sekian
Ibrahim Baba
6 Jul 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]