Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sistem Keselamatan ICT Kementah Hampir Dibolosi

Pertamanya IB ingin mohon maaf kerana untuk sekian lama IB tidak menulis. Akibat pelbagai masalah dan kesihatan, ianya tidak banyak mengizinkan IB untuk duduk di depan PC apatah lagi melayari internet. IB juga telah pun bertukar tempat kerja (untuk jangkamasa yang singkat sahaja) – itu menambahkan lagi kerumitannya. InshaAllah – IB cuba kembali aktif – tak boleh nak janji.

Berbalik kepada tajuk di atas, ditempat kerja baru, IB banyak bergaul dengan bekas pegawai kanan tentera dan pegawai-pegawai yang masih bertugas. Setiap minggu IB akan bertemu atau bermesyuarat dengan pegawai kanan Kementah.

Beberapa minggu lepas, IB diberitahu bahawa sekitar akhir tahun lepas, Bahagian Perolehan Kementah telah mendapat arahan untuk membeli pekakasan “keselamatan” untuk 600 buah PC/komputer di Kementerian itu. Pekakasan yang berbentuk kad yang perlu dipasang dalam setiap PC untuk kegunaan pegawai kanan Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini sepatutnya dapat mengawal laluan trafik rangkaian supaya dapat mengasingkan PC yang dipasang dengan kad ini daripada diceroboh oleh “intipan” atau “hackers” luar.

Arahan pembelian itu dikatakan dibuat oleh pihak atasan Kementerian. Syarikat yang membawa masuk pekakasan tersebut dimiliki oleh Bapa Mertua kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Shafie Afdal. Harga kontrak telah pun dipersetujui. Beberapa pegawai yang memaklumkan kepada IB berkata, jika kita hubungi terus dengan syarikat pembuat, harga yang dijual telah di”markup” dengan harga yang tinggi.

Namun, penyelewangan sedemikian bukanlah suatu yang asing lagi. Malah ianya terlalu kerap berlaku dan tidak menjadi satu kejutan lagi, begitulah rungutan beberapa pegawai tersebut. Pemberian kontrak kepada sauadara mara dan sahabat handai dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran adalah suatu yang normal di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaaan di bawah pemerintahan Mahathir.

TETAPI, sebab utama IB membawa pembaca kepada berita ini bukan sekadar di atas. Yang lebih menakutkan ialah sesetengah haprak yang lupa kuasa yang ada hanyalah sementara sanggup menjual keselamatan negara kerana wang.

Apabila disiasat oleh “Bahagian Risik” dan Bahagian “KOMLEK” ATM, mereka mendapati bahawa pekakasan itu berasal dari ISRAEL dan ianya telah melalui USA dan Singapura bagi mengabui mata orang awam. Dan ianya dicop buatan USA pula. Yang paling malangnya pekakasan ini akan dipasang pada setiap PC yang akan digunakan oleh semua pegawai kanan Kementerian dan ATM.

Walaupun secara kasar kad tersebut tidak nampat mengancamkan, namum, pihak Risik dan KOMLEK yakin satu “arahan mudah” boleh diletakkan ke dalam cip mikro pada kad tersebut untuk melaksanakan tugas (apabila perlu) yang akan menghancurkan sistem keselamatan ICT ATM dan Kementah. (Apa yang berlaku kepada Iraq ketika mendapat sumbangan komputer dari USA semasa berperang dengan Iran dahulu adalah suatu contoh yang terbaik – apabila sistem mereka melutut apabila bertemu mush sebenar USA – tuan yang menhadiahkan komputer-komputer tersebut).

Jika apa-apa akan berlaku kepada tanah air kita (nauzubilLah), pada saat-saat yang getir, keselamatan negara pasti akan dibolosi oleh “bug” yang telah ditanam pada setiap PC yang diguna oleh orang-orang penting yang mempertahankan negara. Bayangkan 600 buah PC penting di Kementah dan ATM dapat dikesan keseluruhannya melalui internet dengan kerja golongan haprak bangsa kita sendiri.

IB berhenti di sini dulu …kita renung bersama.

Sekian.
Ibarhim Baba
29 Oktober 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]