Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Berberlanja Sakan Di Vietnam!

TAG 001

Berberlanja Sakan Di Vietnam!
(Good Shopping, Vietnam!)

Oleh: Allen T. Cheng Hanoi
Asiaweek January 19,2001 Vol.27 No.2

Fujikawa Junko,26 dan sahabagtnya Kato Stsuko, 27, memang gembira. ˇ°Kami kerap kerap pulang ke kamar penginapan di hotel untuk membawa barangan yang dibeli dan berlari semula untjuk membeli lagi,ˇ± jelas Fujikawa ketika menceritakan kisah membeli-belah ketika cuti Krismas yang lalu. Kato tutur mencelah: ˇ°Kami memang seronok berbelanja, terutama sekali hasil keraftangan yang ada.ˇ±

Cuba fikirkan di manakah mereka membeli-belah itu? Paris? Honolulu? Bali?. Tidak...Mereka berbelanja sakan itu di bandaraya Ho Chi Minh City dan di Hanoi. Inilah syurga dunia membeli-belah yang menyelerakan wanita muda Jepun, yang merupakan kuasa membeli Asia. Mereka merupakan satu kumpulan yang mencetuskan ledakan pelancongan terkini di Asia. Pada tahun lalu sahaja sekitara 160,000 pelancong ini terutama sekaliwanita Jepun yang pergi membeli belah di Vietnam. Ini adalah satu rekod baru kepada negarfa itu. Ini juga membuatkan mereka memgang tempat kedua dalam rekod negara, selepas pelancong Amerika yang berjumlah 200,000 dan lebih ke depan daripada pelancong Pernchis yang mencecah 100,000.

Satu ketika dulu Hanoi meredum disebabkan dasar pelaburan yang songsang. Kini, kehadiran pelancong Jepun yang berbelanja sakan telah mampu memperbaiki keadaan ekonomi yang hampir tumbang. Pelancong Amerika dan Peranchis muncul untuk merenung sejarah silam mereka yang penuh masygul, pelancung Jepun tidak pula begitu. Mereka berbelanja sakan, kata Ikebe Ryo, pengarah Japan External Trade Organisation (JETRO) di Hanoi. Satu ketika dulu keberahian Jepun terhadap kraftangan dipenuhi oleh Thailand dan Indonesia. Kini, Vietnam sudah mampu menyayingi trend ini.

Sejak enam bulan yang lalu, media massa terutama sekali majallah wanita Jepun seperti Crea, Frau dan Rece Femme telah menerbitkan di muka depan akhbar kisah mengenai Vietnam. Di Hanoi dan Ho chin Minh, beratus kedai yang bergemerlapan hiasannya wujud di selang-selikan dengan kafe dan bar yang menghidangan masakan Vietnam dan Pernchis dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Pereka fesyen Thang Le Dinh berkata rakami pereka fesyen tealah mencipta pakaian temaptan degnan mengadunkan unsur-unsur Peranchis dengan Asian sambil sentiasa memperbaiki stail ciptaan mereka dengan menimbailham daripada terbitan majalah luar negara. Ramai pedagang Jepun bertumpu ke Vietnam untuk menempah barang hiasan. Pada tahun lalu, JETRO telah menaja beberapa ekspo perdagangan mengenai kraftangan dan dagangan fesyen. Dua ekspo ditaja di Ho Chin Minh dan satu di Hanoi. Perniagaan bernilai sekitar US$2.3 juta dollar telah termetrai.

Walaupun bilangan pelancong Jepun hanya merupakan kurang daripada satu per sepuluh daripada pelawat Vietnam, jumlah mereka akan pasti meningkat. Penerbangan Japan Airlines terbang setiap hari ke Ho Chi Minh dan memberikan kemudahan sambungan terus di antara Hanoi dengan bandaraya Jepun yang lain. Pada musim bunga nanti Nippon Airwaysa akan mendarat di Ho chi Minh. Lapangan terbang Hanoi akan membuka satu terminal baru sebelum April nanti. Beberapa projek usahasama negara dengan pelabur luar sedang membuka berdozen pantai baru di bahagian selatan negara. Majalah Jepun sdeang menonjolkan Vietnam sebagai destinasi pelncungan yang terunggul untuk masa depan.

Beberapa masalah memang perlu diperbetulkan untuk memajukan industri pelancongan Vietnam. Visa pelancongan masih belum dihapuskan dan prasarana asas masih perlu dimajukan. Pelancong asing dikenakan bayaran yang berbeza dan tinggi daripada orang tempatan. Vietnam Airlines, pesawat udara negara itu masih mengekalkan kadar kelewatan jadual penerbangan dan kadar pemansuhan jadual di tahap 25 persen. Walaupun demikian plancong seperti Osaka dan Kato berpendapat: ˇ°Selagi pergerakan di bandar masih selamat dan barangan masih murah, Vietnam akan terus popular dan meriah.ˇ± Vietnam mengharapkan kepuasan pelancong yang begini akan berkekalan.

-Allen T. Cheng-

...............................................................................
Terjamahan oleh : Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]