Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

JANGAN MAIN-MAIN – BAKA “BERUK PAHANG” MEMANG KENA JAGA-JAGA !!

Teringat saya masa saya kecil-kecil dulu. Di Tembeling ni, orang yang ada kebun kelapa selalu ada simpan beruk. Bergantunglah. Kalau kebun tu luas dia simpan 2 ekor. Kalau tanya apsal banyak sangat? Nanti diorang kata, kalau satu sakit boleh ganti dengan sekor lagi. Logik juga, ya?

Hehehe… kalau nak andaikan, macam UMNO jugaklah. Ada deputy, Timbalan Presiden. Kalau Presiden pegi mana-mana, katalah nak pergi Argentina ke, Cuba ke, masuk IJN ke … Timbalan Presiden boleh jalankan kerja. Oppppsss…jangan lah orang Umno kecik hati pulak, ingat saya nak kata UMNO ikut dasar beruk dengan tukang panjat kelapa.. Oooiiii…..! Dakkkkkk… ehhhh!! Umno parti terunggul daaaa..!

Nak jadi cerita, sebelum merdeka dulu, orang Melayu panjat kelapa semua pakai beruk tulah. Beruk ni ada 2 jenis. Satu sopan dan malu. Badan kecil saja. Muka comel lote. Satu lagi badan besar. Hahaha…yang ni kena jaga. Jangan provok, nanti dia melawan. Kalau kita tunjuk penumbuk dia pun tunjuk penumbuk juga. Kalau tunjuk “anu” dia akan tunjuk “anunya” jugak. Maklumlah, beruk spesi ini … samseng. Langan main-main lhooo..!!

Jadi, tuannya si pak Mat tu, selalu gurau-gurau dengan beruk jantan yang besar tu. Nak bagi jinak lah, katanya. Oklah.. !! Kadang-kadang beruk tu tarik kain pak Mat… apa lagi kelamkabutlah pak Mat. Tapi kitorang ketawa jerr..!! Pak Mat pun ketawa sama. Maklumlah Beruk dengann tuannya…!!

Satu hari, isteri Pak Mat bagi makan beruk tu. Beruk tu ada atas pokok dalam rumah khasnya. Sedang isteri Pak Mat terbongkok-bongkok tuangkan nasi dalam tempurung tiba-tiba beruk tu melompat turun, terus direntapnya kain isteri Pak Mat. Kununnya nak bergurau lah tuuu…!

Hahaha…alamak…!! Terburai kain isteri Pak Mat. Terus beruk tadi lompat dengan tempurung nasi dan kain isteri Pak Mat naik kerumahnya atas pokok tu. Pucat lesi muka isteri pak mat. Bagai nak pengsan orang tua tu. Beruk tu buat muka selamba jer.. maklumlah beruk…hehehe..!! Isteri Pak Mat dah macam histerikal berkejar keliling rumah cari kain. Tak tentu hala. Lama-lama terjun dalam pergi buta sebelah rumahnya. Tunggu Pak Mat balik baru perkara tu selesai.

Nah!! Itu cerita beruk betul.

Tapi, kejadian kat Sanggang baru-baru ni pun lebih kurang macam kes ‘Beruk tunggal’ Pak Mat tu jugak lah. Kabarnya ada orang provok, kata Dolah Bedawi ngan PM.

Isssyyyy…jangan nak koyok lah!! Mana ada!! Saya ada kat situ lah. Toksah nak temberang lah! Saya fikir sebab “beruk jantan” yang sekor tu dah terbiasa diajar sejak kecil dengan training isyarat yang “tu”, maka dia fikir Ok sajalah lah. Dia ingat nak melawaklah kunun. Sebab budaya “beruk” spesis yang ni memang lain sikit dari “budaya” orang yang ada budi bahasa. Mana mana pergi; tak kira tempat tak kira masa….”membuatlah” dia…!! Musibat beruk jantan yang kat Sanggang tu….!!

Yang heran kita, kan? Ada orang yang sorak terlolong gelak ketawa bila “beruk” impot dari Kuantan tu buat komidi ditengah-tengah majlis orang beribu nih!!

Kata pegulu kawan saya, “Kau nak heran apa pasal? Kan beruk jenis itu banyak dalam kadang di zoo UMNO. Itu yang kau tengok joget-joget depan orang ramai tu, baru satu; dibelakang orang entah-entah beribu… !!”katanya.

Saya ngangguk. Dia kata lagi, “Kau tengok lah nanti, Tok Pengulu. Pertengahan bulan Mei nanti ada perhimpunan segala “beruk-beruk jantan sekali dengan betina” kat PWTC. Ramai wwwoooiii…2000 ekor tak kurang pulak. Tengok lah nanti, tuan beruk-beruk entah menangis keluar air mata…!! Kan beruk spesis berkualiti macam tu, memang handal berlakun sandirwara…!!”.

Mendengar tu, saya ketawa sampai hidung saya keluar hingus. Maklumlah, dia pandai buat andaian sinis kalah Bob Hope dan Jerry Lewis..!! hehehe…

Penghulu Kg. Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]

Balik Semula Laman Tranung Kite