Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Black Metal memijak Quran, Dr Mahathir menghina Quran

Assalamualaikum,

Black Metal memijak Quran, Dr Mahathir menghina Quran

Maka Dr Mahathir pun mengeluarkan kenyataan pada 20hb Julai, 2001 mengenai gejala kumpulan Black Metal. Kumpulan ini memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran? Tidak ada bedza langsung kerana kedua-duanya, iaitu Dr Mahathir dan Black Metal bertindak sebagai tentera-tentera iblis.

Malah hobi kegemaran Dr Mahathir, iaitu memperlekehkan hukum-hakam agama Islam itu lebih dahsyat kesan buruknya terhadap imej Islam kerana sebagai Perdana Menteri segala tindak-tanduk beliau itu diberi liputan yang meluas. Dan bala dari Allah SWT menimpa seluruh negara kerana rakyat yang berupaya menghapuskan Dr Mahatir telah tidak melakukannya.

Dalam kenyataan beliau mengenai Black Metal itu, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama. Kegigihan Dr Mahathir untuk memburuk-burukkan sekolah-sekolah agama Islam mudah difahamkan. UMNO memusuhi sekolah-sekolah agama Islam kerana murid-murid yang mendapat didikan agama apabila dewasa nanti akan menolak UMNO kerana mereka tidak mahu bersekongkol dengan UMNO yang sekular dan bergelumang dalam rasuah, pecah amanah, melesenkan judi dan melakukan bermacam-macam lagi yang bertentangan dengan agama Islam. Sudah lama UMNO mencuba tetapi gagal untuk mengambil alih pengurusan sekolah-sekolah agama Islam untuk "mensekularkan" sekolah-sekolah tersebut.

Tidak akan menghairankan kalau gejala Black Metal ini akan diperalatkan oleh UMNO untuk mengambil alih dan "mensekularkan" sekolah-sekolah agama Islam di negara ini. Seperti yang kita semua sudah pun sedia maklum, sasaran UMNO adalah TASKI dan sekolah-sekolah rendah agama seperti Sekolah Agama Rakyat yang semakin populer.

Dituntut dari kerajaan Dr Mahathir supaya memberi senarai nama-nama murid-murid sekolah agama yang terlibat itu. Dr UMNO dan UMNO jangan membiasakan tabiat membuat tuduhan tanpa memberi bukti. Lagi pun dengan mendedahkan nama-nama murid-murid yang terlibat dalam Black Metal ini mereka akan dapat dikenalpasti dan dijauhi oleh murid-murid yang lain.

Dengan cepat-cepat menuding jari ke arah sekolah-sekolah agama (tanpa memberi bukti seperti senarai nama-nama murid yang terlibat) nampak sangat UMNO cuba mengalih pandangan rakyat dari sebab-sebab sebenar wujudnya gejala seperti Black Metal. Antara sebab wujudnya gejala seperti Black Metal adalah dari dasar UMNO yang berusaha untuk mewujudkan secara beransur-ansur cara hidup yang liberal yang mengenepikan hukum-hakam agama Islam serta pantang larang nenek moyang. Dr Mahathir menganggap penting masyarakat Melayu berubah kepada cara hidup yang liberal untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Ke arah mencapai masyarakat liberal yang serba boleh itu UMNO telah membenarkan, antara lainnya, diimport bermacam jenis “yellow culture” dari Barat termasuklah mengalakkan kedatangan kumpulan-kumpulan artiste dari Barat yang berahlak tidak senonoh. Muzik dan artiste-artiste diberi taraf dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat sementara para ulamak dan agama Islam diperlekehkan.

Muzik yang menyeronokkan adalah punca wujudnya gejala Black Metal dan seumpamanya, dan bukannya sekolah-sekolah agama Islam. Gejala Black Metal ini lahir, bertunas dan merebak dari muzik, iaitu dari konsert oleh artiste-artiste, disko, dangdut, karaoke dan lain-lain jenis hiburan yang menyeronok dan melalaikan. Ini dia puncanya, dan bukannya sekolah agama Islam.

Radio Islam anjuran IKIM yang turut memainkan lagu-lagu artiste popular perlulah menghentikannya. Bukankah ada jenis-jenis muzik yang haram di sisi Islam. Difahamkan Radio Islam menyiarkan lagu-lagu untuk mengelirukan umat Islam, iaitu untuk memberi gambaran tidak betul kononnya tidak ada sebarang larangan dalam Islam terhadap muzik dan hiburan. Ada khabar-khabar angin kononnya beberapa pihak atasan IKIM menerima 'habuan' dari syarikat-syarikat muzik. Entahlah. Tetpai mungkin juga kalau BPR siasat khabar-khabar angin ini.

Dengan pendedahan gejala Black Metal diharap IKIM akan insaf dan menghentikan menyiar lagu-lagu nyanyian artiste-artiste popular seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira dalam siaran Radio Islam.

Puteri UMNO yang juga menggunakan muzik dan hiburan untuk memikat ahli-ahli baru juga diharap akan menguggurkan kaedah ini untuk mendapatkan ahli-ahli. Bukankah Black Metal menggunakan muzik yang menyeronokkan untuk memikat muda mudi Islam ke jalan yang sesat?

Semoga Allah SWT gagalkan usaha gigih UMNO untuk memburuk-burukkan imej Islam dan juga menggagalkan usaha gigih UMNO untuk menyesatkan orang-orang Islam.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
1 Jamadilawal, 1422
(22 Julai, 2001)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [email protected]