TEORI DOMINO - GELOMBANG KEDUA

Teori domino yang kencang diperkatakan pada tahun 60 an dan 70 an dahulu tentang akan kemungkinan berlaku kejatuhan satu demi satu negara - negara di Asia Tenggara, berikutan jatuhnya Vietnam Selatan akibat pencerobohan Vietnam Utara yang akhirnya membentuk Vietnam raya, satu Vietnam sahaja. Selepas Vietnam Selatan mengikut teori ini akan berlaku pula kejatuhan negara - negara Kemboja, Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura ke tangan komunis.

Rupa - rupanya teori ini boleh diterima pakai dalam hal suasana politik Malaysia hari ini. Akibat kekejaman dan kezaliman serta ketidakadilan pemerintahan Malaysia, khususnya di zaman pemerintahan Diktator MAHAFIRAUN telah menyebabkan berlaku kesedaran dan kebangkitan rakyat di seluruh negara.

Gelombang yang melanda bermula dengan arus yang lemah gemalai, bertukar menjadi ombak yang kecil dan sederhana sahaja, tiba - tiba saja telah ditolak oleh rakyat jelata , bersahut - sahutan gelombang reformasi , membentuk gelombang dan badai yang mengganas menghempas pantai di sepanjang Pantai Timur Kelantan , Terengganu dan Pahang. Ini telah merobah suasana dan kehidupan, bukan saja nelayan pantai, bahkan angin yang melanda turut membelah hutan belantara, memasuki bandar - bandar dan desa - desa.

Menyuci bersih sampah - sarap berserta hanyir, keladak dan lumpur serta daki - daki penjajah. Hasilnya Suci , bersih dan halal bagi dua [2 ] iaitu negeri Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman. Kekuatan arus gelombang berserta angin menjadi reda dek halangan Gunung Tahan, namun ia turut juga meninggalkan kesan yang bukan sebarangan.

Riak gelombang kebangkitan ini akan terus dihimpun dalam Gelombang II nanti menjelang tahun 2004, untuk membina kekuatan baru melepasi Gunung Tahan, membelah hutan belantara Pahang Darul Makmur. Kekuatan apa yang mampu menahan kebangkitan dan gelombang ini ?. Tak ada !!!!

Barangkali agaknya, Pahang Darul Makmur akan menjadi padang jarak , padang tekukur disapu badai semalam yang akan dihimpun dan dilepaskan menjelang 2004 nanti . Enam paksi yang terbina, di negeri Pahang Darul Makmur , pastinya memberi kekuatan. Ditambah dengan semangat Dato Bahaman dan Pahlawan Mat Kilau. Hulubalang - hulubalang Melayu Moden akan mengganas di bumi pahlawan ini.

Ayuh !!! bangun dan bangkitlah , wahai anak bangsaku. Semoga perjuangan ini beroleh berkat dan rahmat. Amin !!!!!!

Terompah _kayu
[[email protected]]