SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Faham Asabiyyah tidak berfaedah

Jumaat 17 Safar 1419/12 Jun 1998
Oleh Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Golongan perosak (Mubtilin) yang bertujuan meracuni pemikiran manusia, telah melancarkan perang pemikiran dengan menuduh bahawa dakwah Muhammad s.a.w. telah diperkukuh oleh faham asabiyyah Quraisy yang mengikat erat kalangan Bani Hashim dan Bani Mutalib. mereka menyebarkan tuduhan itu setelah mendapati bahawa penyokong Muhammad yang sanggup menempuh pelbagai kesengsaraan ketika menghadapi kepungan bukan semua mereka dari kalangan mukmin, sebaliknya terdapat ramai di kalangan mereka orang-orang kafir dan tidak mempercayai dakwah Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w..

Mereka beranggapan bahawa faham kebangsaan Arab itulah yang memperkukuh kedudukan Nabi s.a.w. sehingga mereka sedikitpun tidak berganjak dengan keyakinan masing-masing, meski-pun mereka telah dikepung dan ditimpakan kesengsaraan di lembah "Sya'bi Bani Mutalib" selama kira-kira tiga tahun.

Kerjasama berasaskan semangat asabiyyah atau faham kebangsaan antara orang yang beriman dan orang-orang yang kafir dari Bani Hashim dan Bani Mutalib, telah men- cetuskan rasa perihatin mempertahan Muhammad s.a.w. dari ancaman pihak Quraisy Makkah. Mereka mempertahankan Muhammad kerana Muhammad s.a.w. adalah kerabat mereka.

Pendapat yang mengatakan bahawa dakwah Nabi Mu-hammad s.a.w. bersandarkan faham "asabiyyah `urubah" atau faham kebangsaan Arab Quraisy Bani Hashim dan Bani Mutalib, hujahnya ialah puak kafir dari keturunan Bani Hashim dan Bani Mutalib turut sama mempertahankan Muhammad s.a.w..

Jika pendapat itu diterima adalah suatu kekeliruan yang secara terang-terang telah disengajakan dan juga satu kesalahan yang besar, sedangkan pendapat itu tidak mempunyai sebarang sandaran walaupun berasaskan lojik.

Apa yang sebenarnya ialah kalangan orang-orang kafir Bani Hashim dan Bani Mutaliblah yang berpegang dengan faham asabiyyah Quraisy, kerana mereka bermati-matian mem- pertahankan Muhammad s.a.w. yang sedarah seketurunan dengan mereka, sekalipun mereka tidak sefahaman dan tidak beriman dengan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w..

Mereka menganggap soal agama adalah masalah individu, yang penting bagi mereka ialah menyayangi batang tubuh Muhammad s.a.w. dan wajib di pertahankan kerana Nabi adalah keluarga mereka.

Demikianlah semangat kebangsaan yang dipertahankan oleh golongan orang-orang kafir Quraisy, suatu fahaman yang tidak mempunyai prinsip, suatu fahaman yang tidak terikat dengan konsep salah atau benar, me-nyokong tanpa mengira salah atau benar.

Adalah jelas ba-hawa fahaman kebangsaan itu bercanggah dengan Islam, kerana Islam adalah agama samawi berasaskan kebenaran wahyu Allah SWT. Yang benar dipertahankan, yang salah tetap ditentang biarpun ia datang dari saudara dan kaum keluarga sendiri.

Lantaran itu adalah tidak benar tuduhan golongan yang cuba memesongkan pemikiran umat manusia, yang mengatakan bahawa seruan dak-wah Nabi s.a.w. bersandarkan kepada faham asabiyyah Arab. Sebaliknya golongan kafir Quraisy keturunan Bani Hashim dan Bani Mutalib yang berjuang berdasarkan asabiyyah Arab.

Mereka yang berjuang atas dasar kebangsaan boleh mengambil dua tindakan yang bertentangan, misalnya dari segi agama mereka tidak sokong Nabi s.a.w., tetapi dari segi faham asabiyyah mereka mempertahankan Nabi s.a.w. disebabkan mereka adalah dari satu rumpun keluarga.

Dasar asabiyyah yang mendorong mereka terpaksa ber-susah payah bersama Nabi, sebenarnya sedikitpun tidak mendatangkan sebarang faedah kepada puak mereka. Sokongan mereka kepada Muhammad s.a.w. tidak mengubah sikap penentangan kafir Quraisy Makkah, malah permusuhan mereka semakin kuat.

Puak Bani Hashim dan Bani Mutalib yang kafir tidak dapat berbuat apa-apa sama ada hendak menyedarkan, ataupun mengendurkan permusuhan kafir Quraisy Makkah terhadap Muhammad dan Bani Hashim serta Bani Mu-talib.

Apa yang perlu difahami bahawa sokongan yang diberi oleh waris Nabi s.a.w. dari kalangan yang kafir itu, bahawa sedikitpun tidak dapat melancarkan seruan dakwah Islam. dan tidak dapat meredakan ketegangan yang dilakukan oleh kafir Quraisy, semangat ke- bangsaan yang ditunjukkan oleh orang-orang kafir dari Bani Hashim dan Bani Mutalib ternyata tidak mendatangkan sebarang faedah kepada puak mereka dan juga kepada Nabi s.a.w..

Alangkah sia-sianya sokongan golongan kafir dari Bani Hashim dan Bani Mutalib ter- hadap batang tubuh Nabi s.a.w., pengorbanan mereka tidak memberi sebarang kebaikan, apatah lagi jika sekadar duduk bersama ke-lompok Nabi dalam masa yang begitu lama, sedangkan me-reka tidak menyokong kerja-kerja dakwah Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.. sudahlah tubuh mereka hingga menjadi kurus kering akibat menanggung penderitaan.

Tiada gunanya mereka mengawal Muhammad dari ancaman Quraisy Makkah sedangkan usaha mereka tidak menolong tugas dakwah Mu-hammad s.a.w., mereka sekadar meramaikan jumlah manusia dalam kelompok Nabi.

Satu lagi tuduhan oleh golongan orientalis terhadap Nabi s.a.w. dan orang-orang mukmin yang sanggup menderita menghadapi kepungan kafir Quraisy, Nabi dan para sahabatnya sanggup menghadapi penderitaan akibat kepungan, kerana mereka sedang memimpin per- juangan atau gerakan revolusi membela golongan miskin yang ditindas oleh golongan mustakbirin Quraisy.

Meskipun penindasan terhadap golongan lemah merupakan perkara yang ditentang oleh Islam, namun peranan seorang Nabi yang juga seorang Rasul ialah untuk menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat dari kesesatan aqidah, mengem-balikan manusia kepada keimanan terhadap Allah SWT dari pengabdian diri kepada sesama manusia dan segala fahaman ciptaan manusia.

Ketahanan diri dan jiwa golongan mukmin bersama Nabi s.a.w. ketika menghadapi tindasan di satu lembah yang terkepung, semata-mata kerana mereka yakin terhadap kebenaran Islam yang bersumberkan wahyu Allah SWT.

Islam sememangnya menentang segala bentuk penindasan, namun tidak benar sama sekali tuduhan yang mengatakan Nabi dan orang-orang mukmin yang sedang terkepung di lembah "Sya'bi Bani Mutalib" sebagai pemimpin revolusi mengetuai golongan miskin yang lemah, untuk melawan golongan kaya yang menindas.

Perjuangan Nabi dan para sahabatnya ialah untuk menyebarkan ajaran Islam yang syumul mencakupi semua permasalahan hidup, bukan sekadar berjuang untuk membanteras isu penindasan sahaja.







______________________
Terbitan : 10 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com