Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Khusyuk

Assalam'ualaikum wbr

Khusyuk adalah perkataan dalam bahasa Arab.ertinya dalam bahasa kita ialah menyerah sepenuh hati.Di segi syarak,bila katakan khusyuk,ia dikaitkan dengan khusyuk didalam sembahyang.cuma,bila kita sebut khusyuk bersama Allah,tidak semestinya ia hanya dikhususkan kepada khusyuk di dalam sembahyang saja.Oleh demikian bila seseorang itu mendirikan sembahyang dia selalu diingatkan supaya khusyuk dalam mengerjakannya. Maka jadilah istilah khusyuk itu hanya dikaitkan kepada sembahyang sahaja padahal bukannya dalam sembahyang saja khusyuk dikaitkan.Yang sebenarnya khusyuk dengan Allah mesti berlaku dalam semua keadaan. Ini bertepatan sepertimana firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud :

"Mereka yang mengingati Allah di waktu berdiri,di waktu duduk dan di waktu berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata," Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka "

( Ali Imran 191 ) Bergitulah yang Allah mahukan dari kita,Allah mahu kita sentiasa mengingati-nya tak kira dalam apa keadaan,samada berdiri,duduk atau berbaring.Kemudian apabila kita melihat semua isi alam yang berbagai-bagai ini,seperti langit,bumi,tumbuh-tumbuhan,sungai,gunung-ganang dan sebagainya, hati kita ingat kepada kebesaran dan kehebatan Allah swt.Betapa Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasanya Allah menciptakan semua itu.

Berdiri bukan saja berdiri dalam sembahyang.Tetapi berdiri dalam semua hal seperti semasa kita berjalan,semasa kita membuat kerja dan sebagainya.Dalam semua keadaan itu,hati kita tidak boleh lalai dengan Allah.Sebaliknya ia mestilah sentiasa dalam keadaan mengingati Allah.

Umpamanya keadaan kita berdiri sedang membuat kerja atau sedang bercakap-cakap dengan sahabat,tiba-tiba dalam percakapan kita ada unsur mengumpat atau memfitnah.Waktu itu,kalau hati kita khusyuk dengan Allah atau dalam keadaan mengingati Allah,dengan serta merta kita teringat bahawa percakapan kita tadi sudah menyalahi syariat.Dengan serentak kita sedar bahawa perbuatan mengumpat dan memfitnah itu amat dilarang oleh Allah lalu kita berhenti serta merta.

Beginilah kedaan hati bagi orang yang sentiasa mengingati Allah atau sentiasa khusyuk dengan Allah. Bila berlaku saja sesuatu yang menguji imannya lalu seketika itu juga dia ingat kepada Allah.

Insyallah semoga-moga kita berada dalam golongan yang sentiasa mengingati Allah dengan erti kata Khusyuk yang sebenarnya

okey bye - arfah
wasallam arfah2che mat ( [email protected] )






______________________
Terbitan : 3 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]