Posted: Wed Jan 27, 2010 5:43 pm Post subject: HABIB OMAR& AHBASY:SENJATA BARU UMNO
SALAM BUAT PEJUANG ISLAM.
Harap jangan terkejut dgn tajuk di atas. Mungkin ada yg dah menyedari masalah ini dan mungkin ramai belum tahu. Saya dapat maklumat dari salah seorang pimpinan Pas, Habib Omar dan Kumpulan Ahbasy(pengikut Arwah Syeikh Abdullah al hariri al habsyi) merupakan agenda Umno untuk pecahbelahkan ahli dan penyokong Pas. Ia bawa masuk oleh Nakhaie Ahmad, bekas Naib Yang Di Pertua PAS. Sekarang, bahang perpecahan dan gejala futur (tercicir dari jalan dakwah Pas) sudah berleluasa di Selangor. Perkara yg sama sedang berlaku di Terengganu. Diceritakan oleh orang kuat Pas di Kemaman bahawa puak ini menarik keluar ahli parti utk bersama dgn mereka atas alasan menyucikan hati dgn amalan2 tertentu seperti zikir.
Di Kuala Terengganu pun, sudah ada bibik2 ahli pas yg tidak mahu lagi terlibat dgn aktiviti pas.
Salah seorang Ustaz yg bawa agenda ini dikatakan sedang dipehatikan pejabat agama kerana ada unsur2 kekeliruan dlm cara berzikir. Program beliau dimasukki SB.
HABIB OMAR
Pendekatan Habib Omar ialah Cinta Rasulullah. Sikap terhadap parti politik tidak jelas. Biasanya program besar2 mereka dapat sponsor drp badan kerajaan atau individu dlm kerajaan. Di Pahang, MB Pahang sponsor, manakala di Selangor baru2 ini, JAIS atau MAIS yang sponsor. Ada maklumat dari sahabat2 yg belajar di Yaman kata bahawa Habib Omar ini dipergunakan oleh Umno Yaman untuk lemahkan Gerakan Islam di sana. Ustaz Khalil anak Tok Guru Haji Hadi pernah bawa Timbalan Mufti Yaman datang ke Terengganu utk menjelaskan kesesatan Habib Omar kepada pondok2 dan madrasah Pas dan milik orang Pas.
Justeru, hati2 dgn pergerakan mereka kerana ia merugikan perjuangan Islam yg Pas dokongi.
AHBASY
Yang ni pula terang2 ghuluw (melampau) dlm isu salaf dan khalaf. Ia mengkafirkan Yusof al Qaradhawi dan ulama'2 sealiran dgnnya. Sekarang ia berjangkit di sesetengah pondok di Malaysia. Ada sesetengah pondok di Kelantan yg sudah berani menyesatkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi atas alasan kedua2 Tok Guru ini menganuti mazhab salafi wahabi. Sehinggakan ada blog yang sengaja mencari2 salah kedua2 tok guru dlm kuliah mereka utk membuktikan bahawa memang mereka wahabi.
Harap2 sahabat2 cyber ambil perhatian terhadap pengaruh kelompok ini dlm alam cyber.
Last edited by ibnuabbas on Wed Feb 03, 2010 2:19 pm; edited 1 time in total
Minta tuan tanah ceritakan sikit apa kesesatan Habib Omar nih...
Sesatnya bukan secara langsung dlm masalah akidah tapi sesatnya lebih kurang tabligh krn tak campur politik kepartian sebagaimana yg gerakan islam pas pilih. Ini merugikan perjuangan islam yg dibawa Pas dgn cara bertanding pilihanraya.
Kalau hanya menyeru ahli agar mengislah diri tanpa keluar jamaah takpa. Ni hinggakan ada ajk tinggal prog dan mesy, kira merugikan jamaah la....
"Ustaz Khalil anak Tok Guru Haji Hadi pernah bawa Timbalan Mufti Yaman datang ke Terengganu utk menjelaskan kesesatan Habib Omar kepada pondok2 dan madrasah Pas dan milik orang Pas."
MasyaAllah! Sungguh, sangat berat tuduhan saudara! Pernahkah saudara menghadiri sendiri majlis Habib Umar? Pernah kah saudara menyelami metod dakwah Habib Umar? Sungguh, Habib Umar mewarisi apa yang diwariskan oleh Nabi SAW. Pernahkah saudara lihat ribuan manusia di dalam suatu majlis ilmu di Malaysia ini yang mengalirkan air mata penyesalan sepertimana yang berlaku di dalam Majlis ilmu Habib Umar?
Sekiranya saudara benar2 menghayati majlis yang dihadiri oleh Habib Umar, saudara pasti tidak akan mengeluarkan pandangan sebegini.
Habib Umar bukan rakyat Malaysia dan tidak terlibat langsung dengan politik yang ada dalam negara ini. Apa yang saudara katakan tentang Habib Umar dipergunakan oleh Umno adalah tidak berasas sama sekali. Manhaj Habib Umar jelas dan terang, mengajak kepada mar ma'ruf dan mencegah yang mungkar melalui jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Seseorang yang menghayati apa yang disampaikan oleh Habib Umar dengan bersungguh2 pasti akan menentang kemungkaran, kezaliman, dan segala fahaman yang sesat seperti sekularisma, pluralism dan sebagainya. Nah, dimanakah kesesatan Habib Umar?
Untuk pengetahuan saudara, setiap manusia itu ada musuhnya tersendiri termasuklah juga Habib Umar. Habib Umar pernah dituduh syirik, shi'ah dan lain2 ajaran yang menyesatkan seperti menyembah kubur. Tetapi, adakah tuduhan itu benar? Adakah Nik Aziz makan rasuah apabila dituduh terlibat dengan rasuah oleh SPRM? Adakah pimpinan2 pakatan rakyat menzalimi rakyat apabila dituduh zalim oleh Umno?
Saudara, buatlah perbandingan dengan hati yang jernih. Jadilah hakim yang adil apabila menulis sesuatu yang bersifat tuduhan. Bukalah hati saudara dan lihatlah dengan pandangan mata hati. Lihat pandangan2 Ulama2 Islam kontemporari yang masih hidup tentang peribadi, manhaj dan aqidah Habib Umar. Buatlah penilaian dengan adil lagi saksama dan jangan hanya melihat pandangan 'Ulama' yang mengkritik Habib Umar.
Sekiranya saudara belum pernah menjejak kaki ke dalam Majlis Habib Umar, cuba saudara pergi sekali. Kemudian bandingkan pengalaman saudara itu dengan tuduhan2 yang dilemparkan oleh orang lain. Sekiranya saudara pernah menghadiri Majlis beliau, maka buatlah penilaian dengan adil.
Hanya kepada Allah kita berharap. " Wahai Tuhanku yang Maha Lembut dan mempunyai sifat kasih sayang, tunjukkanlah aku yang benar itu benar dan rezekikanlah aku untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada aku yang batil itu batil dan rezekikanlah aku untuk menjauihinya...Amin"
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)