Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 9:38 am Post subject: Kejayaan-Kejayaan PAS di Kelantan
ini bukti2 berserta gmbr bahawa kelantan juga membangun tp bukannye x membangun lgsung..
tuduhan krajaan Pas tidak membawa pembangunan ke atas klantan adalah palsu..
Banyak dusta dan tidak tepat dalam
menyampaikan berita."Pada akhir zaman
akan muncul pembohong- pembohong besar
yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu
dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar
mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu"
-Sahih Muslim-
juga d sertakan skali dgn website2 bahawa kelantan sedang membangun bukannye x membangun lgsung..
ape yg penting bukannye pmbangunan duniawi..tp krajaan klntan juga membangunkan klantan dr segi kerohanian..
sila tgk video ni:
salah seorg menteri d jabatan perdana menteri pd 20 November 2007 mengakui BN menyekat pembangunan d kelantan selama pemerintahan Pas..
sila click pd link video2 tersebut:
sebagaimana kite tau dlu bahawa UMNO x penah mengakui menyekat pembangunan d kelantan sbelum ini..
ttp apabila UMNO sudah hampir berjaya menakluk klantan kini barulah ia mengakui strategi kotor BN ini..
apakah ini d namakan pemerintahan yg adil sebgaimana yg d tuntut islam?
apakah kelantan d bwh pemerintahan Pas bukan rakyat kpd pemimpin UMNO?
adakah patut kite membenarkan mereka ini memerintah kelantan dgn cara begini?
Last edited by al_madd on Sun Nov 29, 2009 9:48 am; edited 1 time in total
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 9:44 am Post subject:
MB kelantan boleh berkhutbah, boleh menyampaikan kuliah agama, solat berjemaah di stadium KB.. diimamkan oleh MB kelantan sendri.. 1 contoh pemimpin dunia, akhirat
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:03 am Post subject:
LATAR BELAKANG
Insitut Teknologi Darulnaim (ITD) telah ditubuhkan pada awal 1997 oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB), sebuah syarikat Holding Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sebagai langkah permulaan, pada 6hb. Mac 1997 ITD telah menandatangani MoU dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengendalikan Program Pengajian Diploma di bawah Sistem Francais.
Hasil dari persetujuan ini ITD telah dilantik sebagai Pusat Francais kepada Program Francais Pengajian Diploma UTM bagi negeri Kelantan. ITD-UTM telah memulakan sesi ulung pengajiannya pada semester Jun, 1997/1998.
Bermula pada 15 Mei 2004, secara sahnya pengurusan ITD telah diambil alih oleh Syarikat Akar Ikhlas menjadikan ITD sebuah IPT yang dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat swata dan kemudiannya ditukar nama kepada Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
FALSAFAH & NILAI TERAS
FALSAFAH
"..Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan di kalangan kamu dengan beberapa darjat?
Surah al-Mujadalah (58:11)
Pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.
NILAI TERAS
Keimanan dan ketaqwaan sebagai tunjang
Akauntabiliti dan integriti dalam menjalankan tugas
Sentiasa pro-aktif, kreatif dan inovatif dalam menagani cabaran dan peluang
Kebersamaan, kemesraan dan kesanggupan berkorban dalam mewujudkan persekitaran yang harmonis
Keperihatinan dan keutamaan kepada pelanggan
PROGRAM YANG DITAWARKAN
DIPLOMA UTM
Program-program sepenuh masa:
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
Diploma Sains Komputer (Multimedia)
Diploma Pengurusan Teknologi
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
Segala peraturan dan perjalanan kursus adalah tertakluk kepada ketetapan UTM.
DIPLOMA KTD
Program-program sepenuh masa :
Diploma Multimedia
Diploma Pengurusan Perniagaan
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kursus-kursus di atas, sila hubungi talian 09-7741200 / 09-7747200 atau datang ke kampus ITD di :
KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM,
Jalan Padang Golf,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan Darulnaim.
Terdapat sebuah gelanggang FUTSAL, dewan badminton yang dilengkapi 2 gelanggang serta sebuah dewan ping pong dengan 3 meja ping pong untuk tujuan riadhah para pelajar. Kini sebuah gelanggang bola jaring telah siap dibina.
Asrama berserta pengangkutan juga disediakan.
Asrama terletak di kampus lama KTD iaitu di Tanjung Chat.
Terdapat bas dan transit disediakan untuk mengangkut siswa-siswi ke kampus utama.
Kebajikan pelajar dan khidmat kaunseling.
Aktiviti pelajar termasuk persatuan, kelab dan sukan.
Skim insuran berkelompok.
Kafeteria.
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:08 am Post subject:
Pusat Rawatan Islam An-Nisa’ (AN-NISA’) bertempat di Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan, lebih kurang 15 minit daripada bandar Kota Bharu.
AN-NISA’ adalah salah sebuah unit perniagaan PERMODALAN KELANTAN BERHAD yang ditubuhkan pada 1 Januari 1995 khusus untuk ibu-ibu bersalin.
Bagaimanapun AN-NISA’ telah mengembangkan perkhidmatannya kepada klinik pakar, pembedahan sakitpuan, am dan juga pembedahan ortopedik..
dia ni BUTABAI lai,,tuka la nama tu,,Nabi Muhammad SAW bila dalam peperangan,antara pesan nabi masa tu kepada pengikutnya antaranya,,jangan bunuh wanita,org tua dan kanak2,jangan musnahkan tanaman,jangan musahkan rumah ibadat /Dalam piagam madinah pun,nabi secara jelas merujuk kaum2 lain minoriti mcm yahudi supaya dihormati kedudukan mereka yang bebas menjalankan pelbagai aktiviti dan agama.Kalo Amno totok dia bukan kira semua jalan,kalo boleh nak main pekauman..ceh,,porah.......tu la pasai belajar tak habis,kalo hang perasan rujuk bab perkembangan islam di madinah sejarah spm tingkatan 4,,dalam tu ada sabda nabi dan piagam madinah....kalo hang tak buta la.ni mesti kes banyak tuang kelas sejarah,kekekekkek
* Fasal 25 dalam perlembagaan madinah
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
Last edited by Lepat02 on Sun Nov 29, 2009 10:20 am; edited 2 times in total
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:21 am Post subject:
Jabatan Pembangunan Islam
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospiotal, 15000 Kota Bharu, Kelantan
09 7484477 sam. 2177
Latar Belakang
Jabatan Pembangunan Islam merealisasikan falsafah pentadbiran bercorak Islam sejajar dengan slogan negeri Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ke dalam pentadbiran Majlis dan masyarakat perbandaran. Lebih berbangga kerana Majlis Perbandaran Kota Bharu Banara Raya Islam merupakan satu-satunya yang menubuhkan Jabatan Pembangunan Islam yang antara lainnya berfungsi untuk :
Melaksanakan sistem Pentadbiran Islam dalam pentadbiran dan pembangunan Majlis bagi melahirkan masyarakat penyayang dan cintakan Islam bersesuaian hasrat dan inspirasi kerajaan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
Bidang Tugas J.P.I
Mempastikan nilai-nilai Islam dihayati dalam pentadbiran MPKB
Mengendalikan program-program kefahaman Islam di MPKB
Melaksanakan pembangunan Majlis menurut kehendak Islam
Bertanggungjawab memupuk dan mempertingkatkan kerjasama antara MPKB dengan masyarakat dalam kawasan MPKB
Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Membina sebuah masyarakat yang penyayang dan cintakan Islam
Strategi Jabatan
Mempastikan nilai-nilai Islam dihayati dalam pentadbiran MPKB
Mengendalikan program-program kefahaman Islam di MPKB
Melaksanakan pembangunan Majlis menurut kehendak Islam
Bertanggungjawab memupuk dan mempertingkatkan kerjasama antara MPKB dengan masyarakat dalam kawasan MPKB
Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Membina sebuah masyarakat yang penyayang dan cintakan Islam
Aktiviti-aktiviti Jabatan
Mengendalikan Operasi Maksiat Dan Hiburan Di Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu
Kawalan di pasar-pasar malam bagi memastikan semua peniaga pasar malam dan juga menunaikan sembahyang maghrib berjemaah.
Operasi nasihat dijalankan pada hari Sabtu yang meliputi kawasan: Taman Hijau dan Padang Merdeka, Laman Siti khadijah, sekitar Bandar Kota Bharu dan Sekitar Kawasan Kota Sri Mutiara
Menguatkuasakan peraturan menutup aurat di premis-premis perniagaan di kawasan Majlis
Operasi Sepadu melibatkan MPKB, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan, Polis Diraja Malysia, Imigresin dan Agensi Dadah Kebangsaan. Operasi ini melibatkan tempat-tempat maksiat yang telah dikenalpasti.
MPKB menubuhkan pasukan sukarela iaitu Skuad Hisbah Seminar Keluarga Bahagia. Diadakan kepada semua ibu bpa dan anak-anak. Selalu diadakan dikawasan taman perumahan.
Sudut Syarie: Syarahan, Nasyid
Kuliah Agama untuk kakitangan Majlis diadakan di Bilik Bunga Raya (Setiap Minggu) Kon Mustamian (Dakwah Bergerak): Van JPI akan turun ke pasar-pasar untuk memasang kaset-kaset ceramah agama.
Mengendalikan Masjid Baroah : dengan mengadakan Kuliah ringkasKelas dan pengajian ilmu-ilmu Islam setiap minggu hari Sabtu 8.00 pagi hingga 4.00 Petang
Motivasi Pelajar Cemerlang / Forum Perdana (3 bulan sekali): Diadakan pertengahan/sebelum masuk waktu (musim) peperiksaan- untuk pelajar
Kelas Al-quran (Lancar & Qiraati)
Program Ihya' Ramdhan: Bermula awal Ramadhan berakhir 1 Syawal
Kursus Motivasi Islam di Pasaraya, Premis Perniagaan , Panjaja, Perkilangan dan Perhotelan (2 kali sebulan)
Usrah dan Kepimpinan MPKB
Mengendalikan Tabung Amal dan Kebajikan MPKB
Program-program Kebajikan
Program-Program Belia seperti: Program Jejak Pondok Belia Bermoto, Kem Syaksiah Remaja dan sebagainya
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:23 am Post subject:
UNIT KEBAJIKAN DARUL AITAM
Unit Kebajikan (DarulAitam) merupakan satu unit di bawah Bahagian Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan.
Unit Kebajikan Darul Aitam berfungsi secara khusus untuk mengurus serta mengelola sebarang hal ehwal yang berkaitan dengan Rumah Kebajikan Anak-anak yatim Darul Aitam (Putera dan Puteri) Majlis Agama Islam Kelantan.
Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan Darul Aitam, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi tujuan memastuikan pengurusan dan perkhidmatan Darul Aitam ini berjalan dengan lancar dan teratur di mana kebajikan dan keperluan penghuni diberi keutamaan. Jawatankuasa tersebut ialah :
Disamping itu juga, beberapa jawatankuasa kecil khas telah pun ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pengursan Darul Aitam demi melicinkan pengurusan Darul Aitam iaitu:
Dan Pengambilan Kakitangan Sukarela Darul Aitam
Penubuhan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim (darul Aitam) adalah di bawah seksyen 7 (1)(c) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966.Bermula pada 15 Oktober 2006, rumah anak yatim DArulaitam Putera telah dipindahkan ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Panji dan mempunyai 100 orang penghuni.
Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam Puteri yang terletak di JKR 277(N) Jalan Raja Dewa, Kota Bharu, Kelantan adalah pada mulanya sebuah rumah yang dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Majlis Agama Islam Kelantan untuk dijadikan asarama anak-anak yatim puteri. Pada 25 Julai 1992, seramai 30 orang anak yatim puteri ditempatkan dibangunan ini. Kapasiti maksimum anak-anak yatim perempuan yang dapat ditempatkan di sini ialah seramai 100 orang
Tujuan utama penubuhan Darul Aitam adalah untuk membantu memberi kemudahan tempat tinggal dan keperluan sara hidup serta bimbingan akademik dan rohaniah yang sempurna kepada anak-anak yatim. Sesuai dengan tujuan penubuhan Darul Aitam, beberapa aktiviti Program Pembangunan Diri untuk melahirkan insan kamil di kalangan penghuni telah dilaksanakan iaitu:
Mengadakan program sembahyang berjemaah
Kelas FArdhu Ain dan Al-Quran
Program Bimbingan Agama/Ceramah
Program Kursus dan ceramah motivasi
Program gotong royong luar dan dalam
Program pembinaan sikap terpuji melalui aktiviti kemasan diri, tempat tidur, asuhan dan kerja-kerja memasak/dapur
Riadah/sukan
Interaksi/Lawatan bagi pembangunan minda penghuni
Kelas intensif UPSR, PMR dan SPM
Program Kunjung Hormat - Lawatan keluar/terima tetamu luar
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:26 am Post subject:
KAD NIKAH PINTAR
Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan sijil perakuan nikah di Negeri Kelantan.
Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH PINTAR
Kad nikah boleh dibuat di:
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,
Kompleks Islam Darul Naim
15200, Kota Bharu
Kelantan
atau
Dimana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan
Boleh juga hubungi untuk pertanyaan berkaitan di talian:
09-744-3633
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH
i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kelantan sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima sijil perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1) Satu salinan Sijil Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri
2) 4 keping gambar berukuran Pasport :
a) 2 gambar suami (pakaian bersesuaian)
b) 2 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)
Nota : Warganegara berlatarbelakangkan biru dan Bukan Warganegara berlatarbelakangkan Merah
3) Bayaran RM30.00 untuk dua keping kad nikah pintar.
Suami atau isteri boleh hadir bersama atau sendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh 4 minggu. Suami atau isteri boleh mengambil sendiri ditempat mereka membuat permohonan.
Joined: May 11, 2008 Posts: 1441 Location: http://www.utaraonline.net
Posted: Sun Nov 29, 2009 10:29 am Post subject:
PASAR AWAM BERSEPADU WAKAF CHE YEH -
Komponen projek: Kompleks Pasar Awam, rumah kedai, Pusat Tahfiz dan Masjid
KB Trade Centre -
Komponen projek:
Ruang niaga/komersil, Apartment, Penthouse
Bowling Alley dan Futsal Court
Tempat letak kereta, Medan Mas, Food Court
PEMBANGUNAN SRI SABAK- AIRPORT CITY -
Komponen pembangunan :
Kediaman, Kondominium, Rumah pangsa,
Rumah sesebuah Rumah Teres, Komersil, Resort
Taman rekreasi, Kemudahan-kemudahan Awam, Sekolah, Masjid
Tadika, Stesen minyak, STP
CADANGAN BAZAAR TENGKU ANIS DI JALAN SRI AKAR, KOTA BHARU -
Komponen pembangunan:
Aras Basement
Tempat letak kereta (90 unit)
Tempat letak motosikal (86 unit)
Aras Bawah
Premis niaga jenis A (8’x10’) (124 unit)
Bilik-bilik mekanik dan elektrik
Ruang legar
Aras Satu
Premis niaga jenis B (5’x8’) (387 unit)
Bilik-bilik mekanik dan elektrikal
Tandas
Aras Dua
Premis niaga jenis B (5’x8’) (420 unit)
Bilik-bilik mekanik dan elektrikal
Tandas
Kawasan Sekitar
Kiosk makanan (25 unit)
Bus lay by
PROJEK BANDAR SATELIT PASIR TUMBOH (BSI-PT), KOTA BHARU -
Komponen pembangunan:
Kedai pejabat, Kompleks Masjid, Pejabat, Bazaar, Pusat Pengajian & Hotel dan Hentian Bas & Teksi
Pasar Awam & Medan Selera, Gerai Pelbagai
Banglo Link, Jalan Raya, Pedestrian & TLK
Kawasan Hijau, Pencawang TNB
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3 ... 18, 19, 20Next
Page 1 of 20
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)