 |
 |
 | | Modules |
|
|
 |
 | | Advertising/Iklan |
|













- DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI |
|
|
|
|
 |
 | | Shout Box |
|
|
 |
 | | Rangking Forum |
|
|
 |
 | | User Info |
|
|
|  |


- 1 LAGI RUANG MASIH KOSONG -
jamil khir - panglima baru tok najid
Posted on Tuesday, February 09 @ 07:05:43 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
|
Oleh: kayukelat
" KUALA LUMPUR 9 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain hari ini memfailkan bantahan awal bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jamil Khir serta Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali memfailkan permohonan bantahan awal itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, petang tadi melalui Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir.
Setelah menang di Perak, Mahkamah Filem Tamil telah mengistiharkan bahawa Zambry Adun Pangkor adalah menteri besar Perak yang sah. Putih gigi zambry tersenyum meraikan kemenangan beliau. Solat hajat seluruh negeri Perak yang dihadiri oleh wak albanjari (wak solat hajat sekali ke) telah dimakbulkan oleh Allah subanataala. Dengan langkah kanan zambry akan terus bertakhta di kerusi Menteri besar Perak sehingga hayat dewan undangan negeri tamat atau tamat riwayat zambri dipanggil mengadap allah subahanataala. Kemenangan 5 - 0 begitu bermakna kepada zambry, ulasan kemenangan zambry telah diwar-warkan oleh pakar perlembagaan penjajah.
Oleh kerana mahkamah filem tamil telah membuat keputusan, maka nizar hanya boleh melakukan semakan kepada keputusan tersebut, semua jalan dah tertutup, sebenarnya jalan yang allah bagi banyak tapi manusia tak nampak lagi, insyaallah jalan yang lebih baik akan muncul diwaktu umat manusia dah menyerah diri sepenuhnya kepada allah taala. Kekuatan, daya tahan juang yang tinggi dan ketokohan yang ada nizar adalah dipercayai boleh memancu kekuatan pakatan rakyat di Perak untuk menghadapi PRU yg ke 13. Dan rakyat sebagai hakim akan memutuskan siapa yang lebih berhak memegang tampuk pemerintahan di Perak.
Selepas zambry menang, jamil khir, laksamana perang di jabatan perdana menteri memerangkap memegang tiket senator dan atas belas ehsan najid, jamil khir menjadi menteri dijabatan perdana menteri, hari ini jamil khir telah mula membuka langkah untuk berdepan dengan anuar berahim, langkah awal telah disusun, bantahan dikemukakan di mahkamah syariah, ini bermakna mahkamah syariah akan menyusuri keputusan mahkamah filem tamil. dan tidak mustahil mahkamah syariah akan menjadi majlis timbang tara tamil naidu, datuk mangkubumi akan bersuara nanti di mahkamah ini, permohonan anuar berahim akan direject kerana tidak relevan, dan keputusan dah boleh dijangkakan.
Hayat jamil khir dalam politik akan terus menaik dan mengelembung dari menjawat kerusi senator menjadi ahli parlimen seperti marshitah suatu waktu dahulu semasa mantan PM, pak lah, kerusi mana yang akan ditandingi boleh dipilih dari sekarang. Jamil khir telah memilih jalan yang bertentangan dengan apa yang diajar semasa KAGAT dulu, apakah anak usrah KAGAT akan menjadi KAGET bila melihat ketua usrah mereka menjadi panglima gaban yang boleh bertukar dalam masa kurang dari 5 saat. Malang menjadi anak usrah KAGAT dulu, boss mereka tiba-tiba jadi panglima gaban. gaban dulu membela rakyat tapi gaban sekarang bersengkokol dengan segala keburukan sampai keusus. sifir apa yang dipakai sehinggakan gaban ini bertukar wajah begitu teruk sekali. www.kayukelat.blogspot.com "

- Promosi Anda Bayar RM100 Prudential BSN Takaful bagi anda lebih Setengah Juta Cover

- UPAH HAJI 2010, UMRAH DISEMBER 2010, KEDAI BUKU ONLINE : TAFSIR IBNU KATSIR, ATLAS PERANG SALIB

- Panduan Mudah BELAJAR BAHASA ARAB oleh Pensyarah UiTM

- Tempah serunding daging sedap, murah dan berkualiti. Penghantaran percuma. Diskaun sehingga 20%

- Kepada Pemegang Kredit Kad, Kurangkan Bayaran Bulanan Anda

- Penyelesaian HUTANG KAD KREDIT. Kurangkan Beban Pembayaran. Improve Cashflow. Jimat Interest. Baiki rekod bank

- Peluang Perniagaan OnLine & Tukarkan Kos Telefon Anda kepada Cash Sambil Nikmati Panggilan Percuma

- UNTUK PEROKOK TEGAR! Rokok Elektronik yang mampu menyelamatkan anda dari ancaman asap rokok merbahaya

- AWAS!!! Rahsia Tahan Lama Suami Isteri Terbongkar 18SX Free Video Panduan : KLIK DI SINI:

- QURAN DIGITAL AKEDEMI AL-QURAN TV9 KINI BOLEH DIMILIKI DISINI..Baca Al-Quran kini dimana-mana sahaja Baru!

- ##TAQWIM DIGITAL## - Jam Solat Automatik! Rekabentuk Terkini. Untuk kegunaan sendiri atau dijadikan HADIAH "saham Akhirat" Baru!

|
| |
 |
 | | Artikel Hari Ini |
|
|
 |
 | | Login |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
|
 |
 | | Related Links |
|
|
 |
 | | Article Rating |
|
|
 |
 | | Options |
|
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh fais3211 on Tuesday, February 09 @ 15:12:13 PST (User Info | Send a Message) | hahhhhh...kenapa bukan si saiful tu yang buat bantahan? kenapa pulak mamat ni yg kena buat? kes ni sepatutnya antara DS anwar dgn si saiful? kenapa pihak kerajaan najis ni pulak yang berlebih-lebih. mesti ada udang di sebalik batu. fikir2 kan wahai puak pencacai semua. |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh stylo on Tuesday, February 09 @ 15:20:43 PST (User Info | Send a Message) | | di mane maruah mu wahai saudaraku jamil...... inikah sebenarnya tugasmu,,, |
|
|
SAIFUL BERSAMPIN BERSUMPAH DLM MASJID TAPI AGUNG UNDANG2 SIVIL LORD REID (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:37:30 PST (User Info | Send a Message) | Aisyah berkata: “Maka turunlah ayat yang membebaskan aku dari tuduhan FITNAH ZINA itu, RasuluLlah SAW bangun di atas mimbar & menyebutkan yang demikian & baginda membaca ayat Al-Qur’an. Manakala baginda turun dari mimbar, baginda memerintahkan supaya 2 lelaki & 1 wanita [Hasan bin Tsabit, Misthah bin Athathah & Hamnah binti Jahsyin; Rujuk Sunan Abu Dawud 4475 & 3757] DIPUKUL lalu mereka DIPUKUL kerana HAD atas mereka [Hadith Shahih; Riwayat Abu Dawud 7474 & Ibnu Majah 2,567] |
|
|
QAZAF SAIFUL MENURUT PROFESOR DATUK DR MAHMOOD ZUHDI (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:39:03 PST (User Info | Send a Message) | “Melengahkan kes QAZAF ini tidak patut kerana dibimbangi akan menjejaskan proses KEADILAN. Nama sahaja Muslim tetapi BUDAYA dan tamadun benar-benar terhakis! Kalau (mereka) ikut nasihat Nabi, jika ada kes melibatkan AIB seseorang ia patut DITUTUP. Nabi kata, ‘Siapa menutup aib seseorang, Tuhan akan tutup keaibannya pada hari Kiamat.” PROFESOR DATUK DR MAHMOOD ZUHDI Abdul Majid, Timbalan Dekan UIA |
|
|
QAZAF SAIFUL MENURUT PENGERUSI KESATUAN ULAMA’ SEDUNIA (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:40:35 PST (User Info | Send a Message) | “Jalan penyelesaian kes TUDUHAN LIWAT hendaklah mengikut prinsip Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan menggunakan prosedur SYARIAH. ANWAR adalah sebagai ‘al-muftara alaihi’ (orang yang sedang difitnah). ANWAR mempunyai hak dari segi SYARIAH untuk mempertahankan diri beliau dari fitnah tersebut” PENGERUSI KESATUAN ULAMA’ SEDUNIA, DR YUSUF AL-QARDHAWI (Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia 1431 H) |
|
|
QAZAF SAIFUL MENURUT DR WAHBAH AZ-ZUHAILY (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:41:49 PST (User Info | Send a Message) | “Pemimpin yang DIPENJARA tidak semestinya bersalah. Permasalahan yang terjadi di Malaysia memberi kekuatan kepada pihak lain untuk melihat kelemahan yang sebenarnya diwujudkan umat Islam sendiri. Ia hanya menjadi bahan KUTUKAN pihak BARAT yang sedia kala memandang serong terhadap ISLAM selama ini.”, DR WAHBAH AZ-ZUHAILY (Memiliki 3 Ijazah BA, MA dgn tema tesis “al-Zira’i fi as-Siyasah as-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami” & tema disertasi PhD dengan “Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami”. Menulis 133 buku & lebih 500 makalah) |
|
|
BEDA ‘HUMAN RIGHTS’ & FUNDAMENTAL LIBERTIES’ DI MALAYSIA (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:47:25 PST (User Info | Send a Message) | “Apakah yang dimaksudkan Undang2 Asas kemanusian itu dan apakah ‘perikemanusiaan’ dari segi undang2? SAYANGNYA, jurisprudens atau ilmu perundangan di negara kita belum lagi berupaya memecahkan persoalan kompleks seperti ini.”, DATO’ SERI UTAMA RAIS YATIM, Hak Asas Manusia dalam Perundangan, Seminar ‘Ceterawara 1998 - Dunia Tanpa Sempadan: Retorika Undang2’, UIAM pada 11 Dis 1998 |
|
|
QAZAF DALAM ENAKMEN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN ‘97 (Score: 1) Oleh albaqir on Tuesday, February 09 @ 15:54:14 PST (User Info | Send a Message) | Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997) menetapkan, “Mana-mana orang yang MENUDUH orang lain melakukan ZINA (atau LIWAT) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, 4 orang saksi LELAKI atau ikrar orang yang dituduh itu, adalah melakukan suatu kesalahan. Jika DISABITKAN kesalahan QAZAF, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. QAZAF adalah kesalahan yang tiada dalam sistem Sivil. Prosiding QAZAF perlu disegerakan. Mahkamah Syariah adalah penegak keadilan yang termaktub dalam Al-Quran Sunnah Ijmak & Qias. Di Malaysia, Perlembagaan beri kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan Jenayah Syariah, tetapi TIDAK digunapakai, sering di nombor 2 kan. DATUK JAMIL KHIR menyatakan, pendakwaan QAZAF belum dimulakan bagi MENGELAK KONFLIK kerana kes dakwaan liwat sedang dijalankan Mahkamah Sivil (Sedangkan MAHKAMAH PERSEKUTUAN memutuskan, apabila 2 kesalahan sama di Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil, maka Kes Yang Dimulakan Terlebih Dahulu Perlu Dijalankan). DATUK JAMIL KHIR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA ISLAM), ternyata teruja menjayakan misi menegakkan KEPARTIAN berbanding menegakkan KEADILAN ILAHI. |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh masa_depan on Tuesday, February 09 @ 16:08:02 PST (User Info | Send a Message) | Salam..
Didalam Al-Quran dan hadith terdapat berbagai2 panduan yang boleh diikuti tetapi berbagai tafsiran juga boleh dibuat dan memungkinkan tersalah tafsir.
Manusia tidak mempu memberi hukum, jika belum cukup ilmu untuk mengenal Allah sehingga boleh bertanya kepada Allah S.W.T, janganlah kita memandai2.
Lagipun terdapat berbagai2 landasan dalam bab pendakwaan seperti Qarinah, Takzir dan lain2 lagi. begitu juga dengan kisah yang berlaku pada Nabi Yusuf A.S ketika bersama Zulaikha.
Dan jika ianya bukanlah dalam bidang kuasa kita, tak perlulah kita menyibuk. Ditakuti ianya hanya menjadi satu perbuatan yang zalim kepada diri sendiri.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.(Surah an-Nur: 4)
"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Surah an-Nur: 5)
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar". (Surah an-Nur: 6)
"Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta" (Surah an-Nur: 7)
Wassalam |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh endas on Tuesday, February 09 @ 18:35:03 PST (User Info | Send a Message) | YA SIN : 9 Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh fadale (cmenz_@hotmail.com) on Tuesday, February 09 @ 20:23:19 PST (User Info | Send a Message) | dh najib suruh datuk khir yg buat takkan datuk khir nk suruh saifool pulak.. kn tak pasal2 datuk khir kena tuduh tak ikut perintah pulak.. perintah najib lebih utama dari perintah Allah ye datuk?? |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh faizol699 on Tuesday, February 09 @ 20:23:50 PST (User Info | Send a Message) | bila mana ilmu letak kat bontot....nafsu ke depan... |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh penhijau on Tuesday, February 09 @ 21:00:44 PST (User Info | Send a Message) | Wajah seorang ulama UMNO......macho....hemsem....misai bak charles bronson @ jason king...... janggut??????? maaf...janggut janggut ni tak main le.....nanti nampak macam terorist pulakkkkk......... |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh kayu_cemeti (ahlanwasahlan_wamarhaban (skype)) on Tuesday, February 09 @ 22:16:00 PST (User Info | Send a Message) | Mana dia ulamak2 yg berada diJAKIM ?? Mana dia mufti2 dan pakar rujuk agama dinegeri2 ?? Kenapakah membiarkan penguasa bertambah gila dan hilang pertimbangan dalam menangai isu Allah dan isu Qazaf yg bersangkutan dgn Islam semakin bertambah buruk tidak ditangani olih pengamal undang2 Allah dan mana dia MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DIBAWAH KUASA RAJA2 YG MEMEGANG AMANAH UNTUK MELINDUNGI AGAMA DGN MEMBIARKAN ORANG POLITIK MENDAHULUI KEHENDAK NAFSU SYAITAN DARI DITEGUR OLIH PARA ALIM ULAMAK MEREKA BAHKAN MEREKA BERSEKONGKOL SAMA???
Jika kita mendakwa negara Islam kenapa kes begini penting dibicarakan olih mahkamah sivil bukan mahkamah syariah tambah hancur lagi bila manusia yg diasuh agama ini diKagat bersekongkol dgn orang fasik dan munafik apabila diberikan pangkat dan jawatan sanggup menjual akidah dan agamanya . Tunggulah kehancuran demi kehancuran umat melayu disebabkan semua khianat kepada agama sebagai amanah dari Allah sejak 52tahun berkuasa semakin jauh mengajak rakyatnya dari sultan2 hingga jawatan bawah sekali semua khianat kpd tugas yg diamanahkan bahkan mereka bertambah khianat sombong angkuh menhalalkan fitnah yg mengaibkan/ bunuh/ rogol dan para ulamak mereka bukan mencegah tetapi berkerjasama dgn penzalim2 ini maka tunggulah kehancuran demi kehancuran umat melayu dan Allah akan gantikan umat yg lain dan mereka beriman dan berlaku adil terhadap agamanya dan takut akan azab Allah ..... MALAYSIA TELAH ROSAK SEGALA SISTEM UNDANG2NYA BAIK UNDANG2 ALLAH APA LAGI UNDANG2 CIPTAANNYA. |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh lanmmwgi on Tuesday, February 09 @ 22:40:17 PST (User Info | Send a Message) | dulu lida mamat jamil ni memang bercabang,agaknya skrg dia dah potong salahsatu dari lidahnya tu,tu yg jd merapu semacam,xpe la jamil,selamat membuncitkan perut mu sampai meletup,tp ingat apa hukumnya dalam ISLAM bila ada ilmu tp tidak mengamalkannya.bodoh rupanya ngko ni mil. |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh wakgenjer on Wednesday, February 10 @ 03:10:49 PST (User Info | Send a Message) | Aku tak sangka pegawai KAGAT yang aku kenali sebagai Kapten Jamil Khir yg sangat aku hormati semasa sama-sama bertugas di Somalia pada satu ketika dulu, akhirnya kecundang dengan pangkat, jawatan dan harta dunia yang di anugerahkan oleh UMNO. Benarlah, bahawa wang boleh membeli sesiapa sahaja termasuklan ulama dan ustaz yg pernah menyandang senjata dengan pakaian seragam tentera yg kini bergelar Dato' Jamil Khir. Adakah perjuanganmu itu kerana Allah wahai saudaraku Jamil Khir?
|
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh pedas on Wednesday, February 10 @ 03:49:25 PST (User Info | Send a Message) | . tebalnya misai dia...takut pedas tengok . |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh miharludba on Wednesday, February 10 @ 04:53:19 PST (User Info | Send a Message) | Apa kena mengena si Jamil ni dengan kes Qazaf tu ?? Kenapa dia menyibuk ?? Dah tak de kerja lain nak buat ke ?? |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh fans187 on Wednesday, February 10 @ 13:47:08 PST (User Info | Send a Message) | | dah mmg tugas Anjing' menjaga tuan nya... |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh Ehsan on Wednesday, February 10 @ 19:26:37 PST (User Info | Send a Message) | bilamana pangkat dan kemewahan mengatasi semua hingga yg HAK menjadi BATIL dan yg BATIL menjadi HAK....beginilah jadinya mil bertaubat dan beristigfarlah bijak2 lah membezakan yg HAK dan AMANAH ,takut2lah BALAsan ALLAH....bukan setakat pada diri malah kaum keluarga nanti merasa tempiasnya..... sdra jamil bukan calang2 org tentang ilmu Agama ISLAM dan bukan menyembah yg lain melainkan ALLAH so ....adakah dah tertutup hati dgn semua kemewah dunai hingga tidak dpt lagi membezakan antara AMANAH HAK yg HALAL dan HARAM...MASYALLAH,,, YA ALLAH YA RABB kami pohon pertolongan gHAIB MU menghancurkan musuh2 ISLAM dan org2 ISLAM yg teraniaya..ALLAHU AKBAR |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh coy on Wednesday, February 10 @ 21:17:00 PST (User Info | Send a Message) | | Bukan senang nak dapat cincin kat hidung, cincin emas lagi... tahniah jamil pak tongkol.. |
|
|
Re: jamil khir - panglima baru tok najid (Score: 1) Oleh gobek on Wednesday, February 10 @ 23:38:55 PST (User Info | Send a Message) | Salam, Jamil Khir ,Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain telah menjadi MUNAFIK dengan perbuatan mereka sendiri kerana terlalu patuh kepada KETUANYA yang sememangnya JAHIL dan FASIK. Semoga ALLAH membuka hati-hati mereka untuk bertaubat. Amin.
|
|
|
|
|