Oleh: mohdnoorawang
"
Akhir-akhir ini semua media siber dan media arus perdana membicarakan kekusutan dalam kepimpinan kerajaan pakatan rakyat dan beberapa isu yang disensasikan oleh pemimpin dan wakil rakyat PAS, DAP dan PKR.
Namun satu berita malah menjadi isu yang parah kepada pemimpim dan pemuda UMNO bahagian Kuala Nerus yang dipimpin oleh saudara Che Apli Yusuf. Untuk rekod Apli Yusuh adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus merangkap setiausaha Pemuda Umno Negeri Terengganu.
Dari sumber yang diperolehi secara kebetulan semasa kami makan tengah hari disalah sebuah restoran di bandarraya Kuala Terengganu. Dimana salah seorang pemimpin pemuda bahagian Kuala Nerus meluahkan isi hatinya terhadap kepimpinan Ketua Pemuda Che Apli Yussuf.
Diakhir perbincangan yang tidak rancang kepimpinan Che Apli Yusuf ditolak hampir 60 peratus pemuda umno Bahagian Kuala Nerus. Malah ketua pemuda umno tersebut dicabar kepimpinannya oleh salah seorang ketua pemuda umno cawangan dalam satu sesi pertemuan diadakan oleh ketua pemuda bahagian.
Jadi pertembungan dan cara kepimpinan perlu ada pertimbangan yang wajar. Malah ketua atau pemimpin perlu akur dan sedia mendengar pandangan rintihan pengikut bawahan serta akar umbi yang menentukan kekuatan sebuah organisasi.
Jangan ada syok sendiri atau ciri-ciri kesombangan. Ikutlah kepimpinan bapak presiden umno Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak yang perdana menteri Malaysia. Walaupun seribu isu tomohan pertuduhan Najib bersifat cool dan penuh muslihat politik kebendaan dan politik perut.
"