Oleh: BukitKeplu
"Salam Perjuangan
Apabila melihat kelantangan mu .
Teringat aku akan Kehebatan Dr Zulkifli Muhammad.Meskipun namamu serupa namun masih banyak pekara perlu dibuktikan sebelum boleh dipadankan dengan ikon pejuang hebat ini.
Realitinya apabila kita mahu membina sesuatu kejayaan untuk perjuangan kita perlu membuat satu perubahan yang mungkin dicemuh oleh kawan dan lawan.Lihat ulamak besar Imam Ibnu Tamiyyah (rha) .Beliau berbeza pendapat dengan ulamak sezaman dengannya dan tak kurang juga menuduh beliau sesat.Tapi tidak siapa boleh menyangkal sumbangannya untuk seluruh ummah.
Hari ini, pelbagai pihak ( yang mempunyai fikrah perjuangan ) berpendapat YB terlalu melulu dan tak tahu adab bejemaaah .Pada hemat saya YB perlu buktikan YB bukanlah tergolong dikalangan katak-katak yang melompat untuk habuan dunia sebaliknya YB adalah panglima yang sangup berkorban untuk ketinggian agama meskipun bersendirian .Peluang sudah ada ...apa tunggu lagi ? Gunakan sepenuhnya peluang ini untuk membawa agenda Agama dalam parlimen , sepertimana yang dilaungkan sebelum ini.
Hari ini YB sudah menjadi MP BEBAS .Jadi , inilah masa yang paling signifikan untuk YB berhujah atas fakta ilmiah dari sumber hukum yang sahih tanpa perlu mendongak kebelakang untuk untuk menjaga sensitiviti rakan sepasukan atau memikirkan kerisauan hilang Undi pada PRU akan datang.
Saya rasa amat sesuai sekali YB menggunakan kesempatan ini untuk membawa satu agenda yang sangat besar iaitu Membawa Usul Meminda Perlembagaan Persekutuan Bagi Membolehkan Hukum Hudud dapat dillaksanakan di Bumi Malaysia.Dimana ketika ini PAS ,PKR & UMNO semuanya mengaku mahu meperjuangkan islam.Sekiranya usul ini ditolak YB tidak rugi apa-apa ,tapi seluruh umat islam mendapat fakta Siapakah dikalangan MP kita Yang Islam dan berapa kerat pula golongan munafik dan kafir. Sekiranya Berjaya sudah pasti inilah jasa besar yang dibuat oleh YB untuk ISLAM.
Bak Kata Pepatah
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,
Alang –Alang jadi MP Buangan Biar Di nobat sebagai pahlawan.
Akhir sekali saya doakan YB teguh dengan prinsip YB dan senantiasa istiqamah dalam pejuangan menegakkan islam…
"