Oleh: dewa
"
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di Machang akan digunakan sebagai platform pelancaran kempen UMNO Juara Rakyat di Kelantan. Syabas!! Kempen UMNO Juara Rakyat dimulakan dengan mencabul institusi pendidikan sehinggakan sekolah yang sepatutnya bebas politik dijadikan tempat UMNO berkempen. Keratan lengkap akhbar, ulasan dan amaran untuk blogger UMNO disertakan seperti biasa:
Muhyiddin lancar Umno Juara Rakyat peringkat Kelantan bulan depan
2010/03/13Berita Harian:KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan melancarkan program Umno Juara Rakyat peringkat negeri pada 3 April depan yang dijangka dihadiri lebih 30,000 rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek berkata, majlis pelancaran program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (1) di Machang akan dilakukan pada jam 10 pagi.
"Sebelum itu ,Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan ahli dan pemimpin Barisan Nasional Kelantan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 8.30 pagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa sambutan di pejabat Umno Negeri di sini, hari ini. Beliau berkata, pada sebelah petangnya, Timbalan Perdana Menteri akan ke Bachok bagi menghadiri majlis yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Kelantan namun program serta lokasi akan ditentukan kemudian. - Bernama"
Sekolah dan institusi pendidikan dibina dengan menggunakan duit cukai yang dibayar oleh rakyat jelata. Tindakan UMNO yang kerap menggunakan sekolah untuk kempen politik UMNO bagaikan seorang perogol bersiri yang tidak pernah serik.
UMNO memberi amaran kepada PAS agar jangan mempolitikkan institusi pendidikan tetapi sekolah dan universiti digunakan dan dicabul sepuas-puasnya oleh UMNO.
Kepada blogger-blogger psiko UMNO yang teringin hendak mendakwa bahawa artikel saya mengelirukan pembaca, silalah hentak-hentakkan kepala bengong anda itu ke dinding. Artikel yang menyertakan keratan lengkap dan sumber tidak boleh dikira mengelirukan!
Bodoh pun padan padan la. Wassalam
"