"
Dalam hati kecil Yb Datuk Mohd Zahrain Hashim barangkali tidak berniat untuk memalukanAnwar semasa dalam perbahasan di Parlimen,dengan membongkarkan semua rahsia Rancangan 16 September.
Harap semua orang faham , sebenarnya itulah tugasan yang mesti dilaksanakan oleh beliau sebagai tebus janji dengan imbuhan lumayan[ mungkin melebehi RM45 juta ]setelah cadangan kontrak tender bagi menyelenggara sebuah padang golf di Pulau Pinang bernilai RM45 juta ,ditolak oleh kerajaan negeri.
Beliau sebenarnya tersepit , diantara maruah , imej , moral , duit dan tuntutan nafsu. Untuk undur ke belakang , sudah tentu terlambat dan tidak mungkin dilakukan. Keadaannya sudah menjadi perumpamaan seperti “nasi sudah menjadi bubor’.
Kerana habuan dunia iaitu duit , tetapi rasanya bukan kerana pangkat , jawatan dan kedudukan. Sepatutnya begitu lah tindakan yang perlu diambil olehnya. Duit adalah segala – galanya. Kalau kerana pangkat , beliau sudah mendapat gelaran Datuk. Kalau kerana jawatan , tidak ada apa – apa yang boleh memberikan kepuasan kepadanya. Begitu juga dengan jawatan , nak buat apa dengan jawatan. Tetapi , kalau duit itu lah yang beliau cari – cari selama ini , apa yang dilakukannya di parlimen kata orang berbaloi.
Walau apa pun alasannya , samada benar atau tidak "Rancangan 16 September" Itu benar – benar satu perancangan ke arah Putrajaya atau satu perangkap dan strategi serta umpan Anwar saja bagi memerangkap Najib , sepertimana yang telah berlaku di Perak dan sekarang ini dengan sudah beberapa orang isytihar keluar PKR , tetapi apa yang lebih penting imej ialah Najib , UMNO & BN tidak semakin pulih.
Hasilnya , Anwar berjaya menarik simpati rakyat terbanyak kini , dan disamping mencalarkan maruh Najib melalui tindakan membeli ahli – ahli parlimen dan seumpamanya.
Rakyat melihat Najib yang bersalah. Ini dapat dilihat daripada tindakan golojoh Najib berikutan ulasan terlalu awal beliau , sesungguhnya rakyat 1Malaysia percaya Najib yang terlibat dalam pengaturan semua kejadian ini.
Maafkan aku Sdr Anwar !!!
"