SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.
Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.
Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.
Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.
Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.
Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.
Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama dieritahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi. [wm.kl. 12:30 t/hari 19/03/10]
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) Oleh stumpy on Friday, March 19 @ 17:13:27 PDT (User Info | Send a Message)
Dikali yg lain faktor tidak menanggung MASALAH krn hutang perlu dikuatkuasakan sbg kriteria calon. Org PAS bila menanggung hutang, mereka menarik diri dari menjadi calon kerana mereka sayang parti & sayang kpd perjuangan Islam. Mereka x mau membebankan parti bila kerajaan UMNO menjadikan isu itu & tindakan bankruptcy utk menjatuhkan parti. Org UMNO menjadikan parti sbg vehicle utk bisnes mereka. Mereka beramai2 tubuh PKR & jika parti baru ini x mampu melepaskan masalah mereka maka umumnya standard la cara mereka bertindak...cari pihak yg mau selamatkan masalah peribadi mereka. Inilah budaya yg menghapuskan suatu tamaddun. Bagi PKR yg dipenuhi bekas ahli UMNO & org bukan Islam sekiranya PKR tak dpt memerintah negeri atau negara dlm PRU13 ini maka besar kemungkinan yg parti ini akan decay dgn sendirinya, berbanding dgn PAS yg melihat hidup didunia ini sbg medan perjuangan utk mencapai kejayaan dlm matlamat tertinggi kehidupan dialam sesudah mati. Yang keluar PKR ini cuba mendedahkan keburukan bekas induknya atas alasan balas dendam dgn character assasination. Sekalipun tidak wajar begitu, ia mendedahkan serba sedikit kepincangan yg sdg berlaku kpd tontonan ramai.
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) Oleh perangsaraf(umnojuarayahudi@oneisrael.com) on Friday, March 19 @ 17:21:01 PDT (User Info | Send a Message)
1.8 juta saja hutang dia ....... sikit saja tuh bagi pok jib dan bini.... kalau APCO yahudi tu pun pok jib boleh bagi 60 juta .... bini pok jib dapat 100 juta .... kawan pok jib 500 juta ....1.8 juta apa sangat pada pok jib ... 1 saat hasil titik peluh Rakyat pok jib boleh perkosa nak bagi kat dia ... small matter ja tu ......
projek mega ? ... tak payah buat jambantan runtuh saja .... tak pun jual pen .... untung 50 juta ....enjin jet pejuang pun boleh bedal ....
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) Oleh isemudin on Friday, March 19 @ 17:55:10 PDT (User Info | Send a Message)
Dedah jangan tak dedah biar rakyat tahu siapa si katak Zahrin ni.
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) Oleh panglimabugis on Saturday, March 20 @ 08:38:54 PDT (User Info | Send a Message)
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)