Zahrain pembohong - Tengku Razaleigh
Posted on Friday, March 19 @ 17:12:14 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Sumber Bernama
KOTA BAHARU - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.
"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama UMNO . Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam dakwaan itu, Zahrain telah menamakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.-Bernama
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Zahrain pembohong - Tengku Razaleigh (Score: 1) Oleh perangsaraf(umnojuarayahudi@oneisrael.com) on Friday, March 19 @ 17:40:22 PDT (User Info | Send a Message)
cukuplah ku li .... sedialah nak kena semelih dengan pok jib n bini .... APCO yahudi pun dah ada rancangan nak terajang ku li .... jadi paham2 sajalah .....
1000 tahun dalam umno pun bila dah jadi yahudi di dahulukan yahudi juga di utamakan .... siaplah untuk kena cah keting ....
tak ada ka pencacai umno yang nak bela ku li ....?
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)