Ustaz Satiful Syor Tempat-tempat Runtuh Jadi Produk Pelancongan !
Posted on Monday, November 16 @ 22:15:09 PST Dilulus untuk paparan oleh anakustaz
KUALA NERUS: Tindakan berbeza-beza yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selar kerana tidak konsisten dalam menjalankan penyiasatan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sekiranya kes tersebut melibatkan pemimpin PAS atau dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersegera menyiasat.(Video dibawah)
Namun sebaliknya, kata beliau, SPRM akan melambat-lambatkan, bahkan tidak mengambil tindakan langsung terhadap sesetengah kes yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun terdapat bukti yang nyata.
Isu rasuah, kalau kena (kes melibatkan) orang PAS macam (yang berlaku) kepada Tok Guru (Mursyidul Am), berlari tak jumpa tangga bebenar (bersegera) SPRM (apabila) mendengar berita orang nak taja Tok Guru pergi ke Mekah (menunaikan haji),
"Kalau hok (yang melibatkan) pemimpin UMNO, senyap (sunyi), sejak dari kes (pembelian) kapal selam sehingga kes-kes di Terengganu ini, soalnya kepada pihak berkuasa terbabit.
Justeru kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, beliau kesal dan secara sinis, mencadangkan supaya bangunan dan binaan yang telah runtuh di negeri Terengganu ini, dijadikan produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong-pelancong.
Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancongan dia buat mari pelancong datang ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini.
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Ustaz Satiful Syor Tempat-tempat Runtuh Jadi Produk Pelancongan ! (Score: 1) Oleh Mena0L on Monday, November 16 @ 23:02:08 PST (User Info | Send a Message) http://www.google.com
Saya sokong benar cadangan ini. Macam melawat Rom, pi melawat bangunan runtuh situ. Sama la tu.
Re: Ustaz Satiful Syor Tempat-tempat Runtuh Jadi Produk Pelancongan ! (Score: 1) Oleh Melaka1511 on Tuesday, November 17 @ 05:04:18 PST (User Info | Send a Message)
Apa kata PAS Terengganu buat pekej tersebut. Boleh promote di Facebook... bagi murah-murah pekej dah lah..
Ayat Promosi:
Saksikan kehebatan yang melebihi kehebatan runtuhan Kota Rom.
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)