Oleh: dewa
"
Tingkahlaku SPRM sejak awal penubuhannya membuktikan tujuan sebenar kewujudan SPRM ialah memastikan Pakatan Rakyat musnah. Apabila bukti yang berdozen-dozen diberikan ke atas aktiviti rasuah kepimpinan BN, SPRM menutup sebelah mata. Apabila tiada bukti rasuah ke atas kepimpinan Pakatan Rakyat, SPRM mereka-reka fitnah dan sekarang dikaitkan dengan pembunuhan Teoh dan penyiksaan ke atas saksi-saksi.
SPRM nampaknya merupakan singkatan bagi 'Supaya Pakatan Rakyat Mampos'. Bangunan Stadium Sultan Mizan yang runtuh di Gong Badak, Masjid Kampung Putih yang runtuh, skandal penyelewngan Masjid Kristal, skandal penyelewengan PKFEZ pula tidak disiasat dan dipandang lewa sahaja.
SPRM bukan saja tidak neutral tetapi jelas memihak kepada UMNO. Khir Toyo, KJ, Ali Rustam dan sebagainya tidak ditangkap dan tidak disiasat sebaliknya Tok Guru yang berumah pondok kecil pula yang menjadi sasaran. Apabila tiada modal sangat, isu lembu korban pula yang dijadikan topik oleh SPRM.
SPRM diberi amaran agar jangan terlalu bermaharajalela. Pengakuan mengejutkan saksi-saksi bahawa SPRM membogelkan dan menyiksa saksi dan tahanan dipandang serius oleh rakyat. Apabila UMNO dan Bn tumbang dalam pilihanraya, pegawai-pegawai SPRM yang korup akan tumbang bersam-sama.
Ingatlah, mereka merancang dan Allah jua merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang!
"