Oleh: awunk
"
Mengapa DS Najib tak lantik DS Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Negara atau salahseorang penasihat ekonomi kerajaan. Sekiranya ada keberanian DSi Najib melantik DS Anwar Ibrahim dalam kerajaan ini pasti akan mempercepatkan lagi usahakerajaan untuk memulihkan ekonomi Negara.
Selamaini pemimpin UMNO mencanangkan bahawa DS Anwar sering membawa masalahkepada pemulihan ekonomi Negara di mata dunia. Mengapa tidak member peranankepada DS Anwar dalam membantu kerajaan memulihkan ekonomi Negara.
Bagikami rakyat terbanyak tidak ada masalah bagi Kerajaan dan Pembangkan berkerjasama dalam memulihkan ekonomi Negara. Para pemimpin Negara selalu mengingatkanrakyat terutama kakitangan awam supaya kurang berpolitik apabila melakukantanggungjawab.Rakyat akur sebenarnya sudah melupakan persengkitaan politik buatsementara demi membantu kerajaan untuk memulihkan ekonomi Negara. Tapi apa yang para pemimpin kerajaan dan bukan kerajaan lakukan tidak seperti yang disarankankepada rakyat.
Kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa DS Anwar tidak tahu menahu pasal ekonomi sedikit mengecewakan. Mengapa di zaman beliau dulu Datuk Seri Anwar dilantikmenjadi menteri kewangan?. Kalau alasan jawatan itu diminta DS Anwar mengapa Tun bagi sedangkan Anawr tidak tahu ekonomi. Kenyataan-kenyataan bodoh dan dangkal inilah yang membuatkan rakyat meluat dengan bekas Perdana Menteri ini. Usah dicampurkan persengkitaan peribadi dengan urusan rakyat terbanyak.
Kami rakyat terbanyak berharap DS Anwar dapat memainkan peranan dalam membantu kerajaan memulihkan ekonomi Negara. Kami tahu kepintaran dan kebijaksanaan Datuk Seri dalam meyakinkan para pelabur luar terutama dari timur tengah untuk datang ke Malaysia. Begitu juga kami berharap Datu Seri Najib dapat membuat perubahan dalam sistem pentabiran Negara terutama dalam memberi peranan kepada para pemimpin pembangkan yang diketahui kebolehannya dalam membantu kerajaan memajukan Negara ini.
"