1,352 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di Pusat Pemindahan
Posted on Tuesday, November 17 @ 23:37:21 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Petikan: BERNAMA
ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di empat daerah di Kedah terus berkurangan kepada 1,352 orang berbanding 1,558 orang petang Selasa.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 904 orang daripada 261 keluarga berbanding 876 orang daripada 254 keluarga petang semalam dan ditempatkan di enam pusat pemindahan.
"Sebanyak 59 orang daripada 15 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di dua pusat pemindahan manakala di Kubang Pasu, jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 64 mangsa melibatkan 12 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan," katanya.
Jurucakap itu berkata jumlah mangsa banjir di daerah Bandar Baharu pula menunjukkan peningkatan kepada 325 mangsa daripada 77 keluarga berbanding 291 mangsa daripada 68 keluarga petang Rabu.
Sementara itu, bacaan paras air Sungai Pantai Johor masih melebihi paras bahaya iaitu 2.24 meter (paras bahaya 2 meter) manakala sungai-sungai lain berada pada paras berjaga-jaga.
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: 1,352 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di Pusat Pemindahan (Score: 1) Oleh ilmualam on Wednesday, November 18 @ 00:45:45 PST (User Info | Send a Message)
بلدة طيبة ورب غفور
Re: 1,352 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di Pusat Pemindahan (Score: 1) Oleh ilmualam on Wednesday, November 18 @ 00:45:47 PST (User Info | Send a Message)
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)