Oleh Herman Samsudeen
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Kerajaan Haram Israel yang nekad menjalankan operasi merampas tanah rakyat Palestin di wilayah Timur Baitulmaqdis semalam untuk mewujudkan penempatan haram yahudi.
Tindakan ini sekaligus membuktikan bahawa Israel menolak sebarang usaha atau pelan damai yang sedang dan telah dilakukan bersama Kerajaan Palestin.
DPPWP juga kesal kerana Presiden Amerika, Barrack Obama hanya mampu memberikan 'amaran kecil' terhadap tindakan Israel berhubung operasi perampasan ini. Reaksi Amerika ini dengan reaksi yang ditunjukan semasa penaklukan Iraq ke atas wilayah utara Kuwait pada awal tahun 90-an dahulu. Pada waktu itu, Iraq diserang bertalu-talu dengan peluru berpandu Patriot yang mengorbankan ramai nyawa rakyat Iraq. Amerika dengan bangganya melancarkan perang bagi membela Kuwait yang juga negara pembekal minyak utama mereka. Kezaliman Israel ini bukan baru, namun usaha merampas tanah Palestin dan meluaskan wilayah haram Yahudi ini wajar dihentikan.
DPPWP menyeru agar pemimpin politik dinegara ini dan juga organisasi NGO bangkit membuat bantahan dan menghantar signal amaran yang lebih berat diperingkat organisasi negara Islam seperti OIC bagi menghentikan perampasan tanah ini.
Kita tidak boleh duduk diam dan melihat pendatang Yahudi terus menerus menindas umat Palestin yang kini bukan sahaja disekat kehidupan mereka, malah dirampas hak mereka begitu sahaja tanpa pembelaan yang serius dikalangan masyarakat dunia.
Adakah kita menunggu lebih ramai nyawa dan harta benda rakyat Palestin terkorban baru kita ingin membuka mata. Sesungguhnya Israel tidak akan berhenti untuk memusuhi umat Palestine dan dunia Islam. Maka kita harus terus menerus menghalang mereka dari terus melakukan kezaliman walaupun Amerika sentiasa erat membela kezaliman tanpa batasan itu.
Semoga Allah hancurkan kesatuan Amerika dan Israel. Hancur Israel.!
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan