 |
 |
 | | Modules |
|
|
 |
 | | Advertising/Iklan |
|













- DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI |
|
|
|
|
 |
 | | Shout Box |
|
|
 |
 | | Rangking Forum |
|
|
 |
 | | User Info |
|
|
|  |


- 1 LAGI RUANG MASIH KOSONG -
Isu Tauliah ~ Muzakarah Bloggers Muslim di Parlimen
Posted on Thursday, November 19 @ 03:50:43 PST Dilulus untuk paparan oleh Mujahid
|
Oleh Mahaguru98
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya telah diminta YB Tn Hj Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru) untuk menjemput rakan rakan blogger dan ahli ahli MBA @ The Muslim Bloggers Alliance untuk hadir ke satu muzakarah berbincang tentang isu 'Tauliah' yang kini menjadi persoalan dan dijadikan kes tuduhan mengajar tanpa tauliah terhadap mantan Mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainul Abidin.
Muzakarah kami berlangsung di Tingkat 14, Pejabat Pembangkang, Menara Parlimen Malaysia pagi ini bermula jam 10.30 dan berakhir pada jam 12 tengahari.
Yang hadir adalah saya sendiri, Zainol Abideen @ Mahaguru58 (MBA), Hajjah Sis Zabrina binti Abu Bakar (MBA), Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi Junid (MBA), Dato Kamal Amir, Peguam Shaharudin Datuk Hj Ali (Blogger Raja Menangis), Blogger Norzailina Nordin dan hos kami YB Tn Hj Zulkifli Noordin.
Topik perbincangan kami adalah implikasi terhadap usaha gerakan Dakwah didalam negara kita bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor @ JAIS menahan Dr. Asri dan mengemukakan tuduhan jenayah syarie terhadap tokoh agama muda ini mengajar agama tanpa tauliah!
Kami telah merumuskan beberapa langkah yang akan di ambil untuk mencari penyelesaian bagi kemelut yang di timbulkan ini dan Insya Allah akan kami maklumkan kepada umum bilamana ianya siap sedia nanti.
Berikut adalah paparan gambar gambar kenangan yang di ambil pagi tadi:



Dari kiri : Datuk Kamal Amir, YB Tn Hj Zulkifli Noordin, Shaharudin Datuk Hj Ali, Norzailina Nordin, Hjh Sis Zabrina Abu Bakar, Zainol Abideen @Mahaguru58, Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi Junid.
Secara kebetulan, selepas makan tengahari bersama sama di Aras 1 Parlimen, kami bertembung dengan YB Karpal Singh (Bukit Glugor) ketika beliau turun satu lif dengan kami.

Saya bertegur sapa dengan manusia yang pernah saya cabar di Forum Keadilan tahun 1999 meminta YB Karpal menarik balik kenyataannya yang menyentuh kedaulatan Islam dahulu.
Saya bertanya samada beliau masih ingat pada saya?
Beliau mengaku masih ingat dan saya memperingatkan beliau bahawa saya telah mengundang nya hadir ke Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dahulu untuk menerangkan tentang realiti sebenar tentang Islam dan telah sedia menghadiahkan senaskhah tafsir Al Quran didalam Bahasa Inggeris untuk rujukan beliau tetapi beliau tidak kunjung kunjung tiba.

Saya menyatakan kepada YB Karpal bahawa walaupun kami berbeza pendapat tentang beberapa perkara terutamanya tentang salah anggap peguam terkenal negara kita ini mengenai kedudukan Ad Deenul Islam, saya memperingatkan beliau bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua yang menciptakan kita semua.
Saya mencapai tangan YB Karpal untuk menunjukkan angka angka Arab 81 dan 18 yang tertera pada telapak tangan beliau juga tetapi kasihan, tangan beliau keras kematu tidak boleh dibalikkan, kesan dari kecederaan yang beliau tanggung setelah lumpuh akibat kemalangan dahulu.
Takdir Allah, Rabbul Alamin.
Masa tidak mengizinkan kesemua kami untuk berbual lama lama maka kami semua mengucap selamat kepada masing masing dan begitu juga saya dengan YB Karpal.
Saya meminta semua untuk tunggu sekejap merakamkan gambar kenangan dan meminta izin YB Karpal untuk bergambar bersamanya.
YB Karpal hanya mengangguk angguk setuju dan tidak keberatan untuk bergambar bersama kami.
Blogger Wan Johari @ Jiwo Kelate turut sama bergambar dengan kami. Saya tidak kenal lelaki berkacamata hitam yang turut berposing spontan dengan kami.
Blogger Jiwo Kelate telah berkejar mencari saya untuk meminta salinan rakaman audio muzakarah saya bersama Dato Dr Hassan Ali, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bloggers lain.
Secara kebetulan ada 2 salinan dengan saya pagi tadi. Saya hadiahkan sekeping cakera padat rakaman audio itu pada Wan Johari dan sekeping pada YB Zul.
Saya turut bertemu dengan YB Dato Mahfuz Hj Omar, YB Salahudin Ayub, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa dan lain lain semasa berada di Bangunan Parlimen.
Kesemua mereka beramah mesra dengan saya dan Alhamdulillah, dapat kami menjalinkan silaturahim sesama kami selayak saudara seagama.
Insya Allah, jika ada kesempatan boleh kita bertemu lagi.
Sebelum berpisah dengan YB Zul, saya mengajak beliau berposing sekejap untuk mengabadikan pertemuan kami ini.

Mudah2an, kami semua dapat mencetuskan satu momentum untuk menghentikan kemelut tentang 'Tauliah' yang kini sedang diperbesar besarkan oleh mereka yang tidak sedar akan natijah nya terhadap usaha Dakwah Fi Sabilillah di dalam negara tercinta kita ini dan seterusnya terhadap dunia Islam sejagat!
Doakan kami. Insya Allah!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

- Promosi Anda Bayar RM100 Prudential BSN Takaful bagi anda lebih Setengah Juta Cover

- UPAH HAJI 2010, UMRAH DISEMBER 2010, KEDAI BUKU ONLINE : TAFSIR IBNU KATSIR, ATLAS PERANG SALIB

- Panduan Mudah BELAJAR BAHASA ARAB oleh Pensyarah UiTM

- Tempah serunding daging sedap, murah dan berkualiti. Penghantaran percuma. Diskaun sehingga 20%

- Kepada Pemegang Kredit Kad, Kurangkan Bayaran Bulanan Anda

- Penyelesaian HUTANG KAD KREDIT. Kurangkan Beban Pembayaran. Improve Cashflow. Jimat Interest. Baiki rekod bank

- Peluang Perniagaan OnLine & Tukarkan Kos Telefon Anda kepada Cash Sambil Nikmati Panggilan Percuma

- UNTUK PEROKOK TEGAR! Rokok Elektronik yang mampu menyelamatkan anda dari ancaman asap rokok merbahaya

- AWAS!!! Rahsia Tahan Lama Suami Isteri Terbongkar 18SX Free Video Panduan : KLIK DI SINI:

- QURAN DIGITAL AKEDEMI AL-QURAN TV9 KINI BOLEH DIMILIKI DISINI..Baca Al-Quran kini dimana-mana sahaja Baru!

- ##TAQWIM DIGITAL## - Jam Solat Automatik! Rekabentuk Terkini. Untuk kegunaan sendiri atau dijadikan HADIAH "saham Akhirat" Baru!

|
| |
 |
 | | Artikel Hari Ini |
|
|
 |
 | | Login |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
|
 |
 | | Related Links |
|
|
 |
 | | Article Rating |
|
|
 |
 | | Options |
|
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Isu Tauliah ~ Muzakarah Bloggers Muslim di Parlimen (Score: 1) Oleh aqiffahrin on Thursday, November 19 @ 21:35:49 PST (User Info | Send a Message) | | mamak mahaguru ni dah terasa hebat sgt ker....dalm blog berdegar2...kes kuliah tanpa tauliah ni dah lama dahhh...ismail kamus, harun din dll kena gam kjaan s'gor, zaman khir toyo....tak der pon si mamak ni nak wat muzakarah....rasa hebat sgt la ni....mamak ni la jugak antara blogger yg gila2kan umno...atas nama perpaduan! |
|
|
|
|